Acara By: Shaidah Shafie November 13, 2019 @ 7:33pm

Starbucks Malaysia perkenal 3 perisa istimewa sempena perayaan

Petugas Starbucks mengedarkan kopi kepada pihak media untuk dicuba.

Ramai menjadikan kopi sebagai minuman peribadi yang berupaya membangkitkan semangat bekerja setiap hari sehingga ada yang berpendapat jika tidak menikmati kopi di pagi hari, mereka berasa seperti tidak sempurna hari yang dilalui.

Kopi juga selain dilihat sebagai satu minuman yang berakar umbi dengan kukuh dalam budaya rakyat Malaysia, ia juga adalah minuman yang sering menjadi pilihan setiap musim perayaan.

Sehubungan itu sempena perayaan Hari Natal Disember ini, Starbuck Malaysia mempromosikan Merry Coffee sempena musim perayaan berkenaan bermula 5 November lalu.

Promosi Merry Coffee menawarkan tiga perisa kopi yang setiap satu mempunyai elemen rasa berbeza dan ada keistimewaan tersendiri kerana ia dihasilkan daripada bahan khusus serta terpilih. Hijab & Heels berpeluang mencuba tiga perisa berkenaan di acara Media Preview Starbucks Holiday di premis Starbucks EcoCheras Mall, baru-baru ini.

Tiga perisa kopi diperkenalkan Starbucks Malaysia sempena musim perayaan iaitu holiday French vanilla latte, toffee nut crunch latte dan peppermint mocha.

Tiga perisa berkenaan ialah holiday French vanilla latte, toffee nut crunch latte dan peppermint mocha.

Holiday French vanilla latte diilhamkan daripada kejutan musim sejuk pada secawan kopi Starbucks yang menawarkan buih krim halus beraroma vanilla yang di atasnya ditabur dengan coklat biru dan putih. Kopi perisa ini sesuai untuk mereka yang gemar akan rasa krim dan vanila.

Toffee nut crunch latte pula pasti menjadi pilihan penggemar kekacang kerana ia dilatari elemen kekacang yang dipanggang lantas menerbitkan aroma menyenangkan yang berbaur dengan harum kopi dan susu panas sekali gus terbit nuansa bau yang sangat memikat.

Manakala peppermint mocha pula menyalirkan rasa pudina dalam setiap hirupannya kerana ia dihasilkan daripada adunan kopi, susu serta coklat dan sudah semestinya pudina. Lebih mengujakan kerana ada hiasan krim putar serta taburan gula tebu di atasnya membuatkan ia sangat istimewa.

Pihak media turut diberi peluang mencuba kopi perisa baru diperkenalkan Starbucks.

Ketiga-tiganya ditawarkan pada harga antara RM17.50 dan RM19.60, boleh didapati dalam dua variasi iaitu panas atau sejuk.

Starbucks Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh Berjaya Food Berhad (Berjaya) mula beroperasi sejak Disember 1998 dan kini mempunyai cawangan di seluruh Malaysia. Berjaya juga membuka Starbucks Signing Store berlokasi di Bangsar Village yang merupakan pertama di dunia kerana menyediakan peluang pekerjaan kepada pekerja yang menggunakan bahasa isyarat (pekak dan bisu).

Sempena pelancaran Coffee Merry juga, Starbucks turut menawarkan pelbagai koleksi barangan cenderahati untuk perayaan seperti tumbler, kole dan kopi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 30 Jul 2018

Menurut Kajian, Wanita Yang Bangun Pagi Kurang Depresi

Anda seorang yang ‘morning person’?

Featured Thu, 21 May 2020

Rumah kampung, tetapi hiasan ruang tamu mengalahkan kondominium!

Bijak sungguh pemiliknya menghias rumah!

Gaya Hidup Tue, 30 Apr 2019
familuv Wed, 21 Dec 2022

Meerqeen Sakat Adik, Warganet Seloroh Harap Shaqeel Cepat Membesar Untuk Balas Dendam – “Nanti Buli Abang Pula Tau”

Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial. @meerqeen Sorry shaqeel #fyp #foryou ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia Menerusi perkongsiannya di […]

Featured Thu, 20 Feb 2020

Tapak pengebumian RM300,000, San Diego Hills hanya untuk golongan ‘have-have’!

Harga kubur boleh beli beg tangan Gucci dan sebuah rumah!

Featured Tue, 11 Sep 2018

Jurufoto Ini Guna Refleksi Cermin Untuk Mengambil Gambar Keindahan Alam. Hasilnya Memang Wow!

Dengan menggunakan cermin bulat, hasil karyanya memang cukup mengagumkan!

Featured Fri, 13 Dec 2019
Featured Fri, 29 May 2020