Acara By: Shaidah Shafie July 26, 2019 @ 7:03pm

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Pembuat kopi atau barista ialah individu belakang tabir yang bertanggungjawab membancuh kopi di sesebuah kedai kopi atau di premis yang menawarkan minuman berkenaan.

Apabila kopi yang dipesan terasa enak sahaja ketika dihirup, mungkin ada antara kita yang terfikir mengenai siapakah barista mahir yang menyediakan kopi yang dipesan itu.

Starbucks Malaysia, baru-baru ini meraikan tiga barista yang melakar sejarah tersendiri kerana ketiga-tiganya adalah pekak dan bisu, namun mereka berjaya membuktikan perbezaan berkenaan adalah kelebihan yang sangat berharga.

Mohd Aizad Ariffin, Mohd Akmal Abdul Khalid dan Yap Yee Lin, tiga jejaka istimewa terbabit menjalani latihan selama enam bulan di Starbucks Bangsar Village II (BV II), cawangan Starbucks khusus bagi melatih barista yang menggunakan bahasa isyarat.

Pada majlis itu, ketiga-tiga barista terbabit menerima anugerah Advanced Coffee Masters oleh jenama kopi yang terkenal di seluruh dunia itu.

(Depan, dari kiri) Rina bersama-sama Barista Advanced Coffee Masters Akmal, Aizad dan Yee Lin pada majlis meraikan tahun ketiga Starbucks BV II sebagai premis yang dikendalikan barista dengan bahasa isyarat bertugas di situ. Foto: NSTP/Muhd Zaaba Zakeria.

Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat Starbucks Malaysia & Brunei, Rina Siew, berkata Starbucks sentiasa peka terhadap keperluan individu istimewa yang mempunyai keupayaan tersendiri dan wajar diketengahkan.

“Kami di Starbucks sentiasa berusaha mewujudkan kepelbagaian budaya dan membuka peluang kepada mereka yang benar-benar mahu berjaya dalam bidang diceburi.

“Inilah konsep ‘stor menggunakan  bahasa isyarat’ yang kami mulakan sejak tiga tahun lalu, iaitu bekerjasama bagi  memberi peluang kepada kakitangan istimewa membina kerjaya mereka dengan kami,” katanya pada majlis meraikan sambutan ulang tahun ketiga Starbucks BV II sebagai cawangan latihan untuk kakitangan bermasalah pendengaran di Bangsar, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad yang juga Pengarah Urusan Starbucks Malaysia & Brunei, Sydney Quays.

Peluang berkenaan yang diwujudkan oleh Starbucks Malaysia tiga tahun lalu, adalah pertama seumpamanya di dunia dan langkah berkenaan bakal diikuti oleh Starbucks di Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Difahamkan Starbucks Malaysia bercadang membuka satu lagi cawangan seumpamanya di Pulau Pinang dan akan dikendalikan oleh barista istimewa di negeri berkenaan.

Inisiatif itu akan membuka peluang kerjaya bagi individu bermasalah pendengaran dan pertuturan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, etika kerja dan kerja berpasukan.

Rina berkata, pihaknya mengiktiraf segala penat lelah dan usaha yang ditunjukkan oleh peserta program Advance Coffee Master yang berlansung selama enam bulan di premis Starbucks di BV II itu.

“Program Advance Coffee Masters ini membolehkan barista terpilih menyediakan kopi dengan menggunakan kelengkapan membancuh kopi yang pelbagai.

“Oleh itu, barista terpilih ini juga selain mahir membuat kopi dengan kemahiran yang dimiliki, mereka juga boleh berkomunikasi dengan pelanggan yang datang menggunakan bahasa isyarat sebagaimana barista lain di premis Starbucks sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Mohd Akmal ketika ditemui menjelaskan beliau memberi tumpuan penuh sepanjang program berlangsung kerana selain latihan amali, beliau juga perlu mempelajari teori mengenai disiplin menyediakan kopi.

“Walaupun agak sukar, saya gembira dengan apa yang dilalui dan berterima kasih kepada Starbucks kerana memberi peluang ini kepada kami,” katanya sambil dibantu oleh jurubahasa isyarat dan diakui oleh Yee Lin.

Pada majlis ini juga, Akmal, Yee Lin dan Aizad turut membuat demonstrasi menyediakan kopi Minais Gerais dari Brazil yang mempunyai aroma tersendiri dan menghidangkan kopi berkenaan untuk media yang hadir.

Foto: Kompasiana.com

Empat cara betul untuk menikmati kopi:

# Tutup tiga suku permukaan cawan berisi kopi pilihan anda dan hidu perlahan-lahan untuk menikmati aroma kopi yang terbebas bersama wap panas.

# Hirup perlahan-lahan, iaitu dengar dan hayati bunyi hirupan yang berlaku. Kecap perlahan-lahan rasa kopi kerana rasa pada hujung kecapan itu mungkin pahit, manis atau masam bergantung pada jenis kopi yang diminum.

# Untuk menyeimbangkan rasa kopi sama ada pahit, manis atau masam, nikmatinya dengan kek atau biskut manis sambil menghirup kopi.

# Biarkan kedua-duanya bersatu dan larut di dalam mulut. Ketika itu anda akan terkesan dengan keenakan kopi yang dinikmati.

Selamat menikmati kopi kegemaran ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 26 Nov 2019

Millac dan Millac Gold, krim bernutrisi tinggi

Sesuai untuk pelbagai jenis hidangan

Featured Fri, 22 May 2020

Rakyat dilarang bermalam ketika ziarah Aidilfitri

Melaka catat jumlah tertinggi rentas negeri

Gaya Hidup Wed, 6 Jun 2018

Pening Kepala Nak Packing Barang Untuk Balik Raya? Cuba Tip Ini

Tip packing barang nak balik raya ini akan membantu anda!

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

6 Bahan Makanan Biasa Yang Tak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk

Ada beberapa jenis makanan yang akan rosak dengan lebih cepat kalau disejukkan!

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

12 Foto Cara Pembungkusan Bahan Makanan Yang Kreatif! No. 7 Paling Genius

Pandai sungguh orang-orang yang mereka bentuk packaging ini.

Acara Thu, 25 Jul 2019
Featured Tue, 26 Jun 2018

Pening Kepala Sebab Pokai Beraya? Ini Tip Untuk Tebalkan Kembali Dompet Anda

Mulalah tertanya-tanya, cukup ke duit yang ada untuk survive?

Gaya Hidup Thu, 11 Apr 2019