Gaya Hidup By: Nani Ramlee July 9, 2018 @ 1:00pm

Stres Semut Kuasai Rumah? Cuba Cara Alami Ini, Selamat & Berkesan!

Memang pantang kalau ada makanan dan minuman manis yang tumpah mahupun yang diletak atas meja, tak sampai seminit pasti semut dah hurung. Kadang-kadang, bekas air putih pun dihurungnya serangga kecil ini.

Stres juga dibuatnya kalau selalu kena spray guna penyembur serangga. Lebih-lebih lagi kalau nak spray dekat bahagian yang ada banyak makanan, tak pun yang ada anak kecil kat rumah, takkan nak dedahkan dengan penyembur beracun tu. Memang tak selesa!

Jadi, apa kata anda cuba petua ini untuk menghalau semut secara semulajadi.

1. Cuka

Bahan ini merupakan penghalau semut yang amat berkesan kerana kandungannya yang berasid serta baunya yang kuat.

Foto: Sirap Limau

Anda hanya perlu larutkan cuka ke dalam sedikit air dan spray campuran ini ke laluan semut. Dalam beberapa hari gerenti semut dah tak muncul di kawasan tersebut.

2. Limau nipis

Foto: Agro Web

Rasa masam pada air perahan limau nipis dikatakan bermanfaat dalam menghalau semut. Bukan itu sahaja, baru aroma limau juga mampu membuatkan rumah anda berbau segar dan wangi.

3. Serbuk kopi

Foto: Woman Talk

Taburkan serbuk kopi di tempat semut berkumpul atau bersarang dan serangga itu pasti akan meninggalkan kawasan taburan tersebut kerana tidak tahan dengan bau aromanya yang kuat.

4. Timun

Foto: Wanista

Bukan sahaja memberi manfaat untuk kesihatan dan kecantikan, timun juga mampu menghindarkan semut. Hiris halus atau kisar timun dan taburkan pada kawasan yang banyak semut dan ia akan meninggalkan kawasan tersebut kerana tidak suka akan bau timun itu.

5. Kulit telur

Foto: Hafiz Rahim

Bahan ini sangat berkesan untuk menghalau semut, cicak dan serangga lain. Caranya bakar kulit sehingga menjadi abu dan tabur pada tempat yang semut berkerumun.

6. Daun sirih

Foto: Harian Gadis

Anda boleh ambil beberapa helai daun sirih, kemudian cincang atau ramas bagi mengeluarkan baunya. Letak di sarang semut dan bau kuat herba ini pasti tidak disukai serangga ini.

7. Garam atau lada

Foto: Dreamstime

Taburkan garam atau lada di tempat yang banyak semut seperti di bahagian dapur. Cara lain ialah dengan mencampurkan garam atau lada ke dalam air dan sembur larutan tersebut ke sarang semut. Aroma bau bahan ini akan membuatkan semut tidak kembali semula ke sarangnya.

8. Daun pandan

Foto: DetikFood

Daun pandan merupakan petua yang paling praktikal untuk menyahkan semut. Hiris daun pandan dan taburkan ke laluan semut. Anda juga boleh letakkan daun pandan ke dalam bekas beras dan gula bagi menghalau semut.

Selamat mencuba!

Sumber: Iluminasi dan Sirap Limau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 3 Nov 2018

15 Info Menarik & Pelik Yang Anda Tak Tahu Mengenai Kedai Perabot IKEA

Selepas ini, anda gerenti akan rasa lebih kagum.

Gaya Hidup Tue, 29 May 2018

Ikuti 5 Cara Ini Agar Kulit Wajah Kekal Hidrat Sepanjang Bulan Ramadan

Kulit wajah juga harus dijaga sepajang bulan Ramadan ini.

Gaya Hidup Wed, 13 Mar 2019
Featured Fri, 20 Jul 2018

Jika Anda Alami Kemurungan, Makan 7 Jenis Bahan Ini Untuk Melawannya

Apa yang anda makan boleh bantu perbaiki mood anda!

Gaya Hidup Tue, 24 Jul 2018

Jangan Biarkan Perasaan Gayat ‘Membunuh’ Hobi Anda! Tangani Dengan 5 Langkah Ini

Nak atasi perasaan gayat ini anda perlu fokus dan berani!

Gaya Hidup Fri, 22 Mar 2019
Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

“Harap Muka Saja Cantik Tapi Kuku Hitam, Kotor!” – Ikuti 6 Rutin Penjagaan Kuku

Wajah, rambut dan kulit antara bahagian yang sering menjadi perhatian apabila berbicara tentang kecantikan. Tetapi, bagaimana pula dengan kuku?

Gaya Hidup Fri, 28 Sep 2018
Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Buat Kek Pandan Kukus Yang Gebu Gebas, Hanya Guna Alat Pengisar!

Teringin nak makan kek pandan kukus, tapi tak ada alat-alat membuat kek? Jangan risau, kami akan kongsikan resepi kek pandan dengan menggunakan mesin pengisar!

Gaya Hidup Wed, 3 Oct 2018

| Live TV