Gaya Hidup By: tex_admin March 1, 2018 @ 10:31am

Stresnya Rambut Banyak Gugur! Ini Tips Kurangkan Rambut Gugur

Setiap wanita pastinya tidak akan lari daripada masalah keguguran rambut. Lagi-lagi kepada mereka yang telah melahirkan anak. Apabila sikat saja rambut, mesti penuh atas lantai dengan rambut yang gugur itu. Makin banyak gugur, makin nipis lah rambut. Stres juga kan!

Menurut Dr. Zubaidi Hj Ahmad, masalah keguguran rambut sebenarnya melibatkan 5% wanita yang berumur kurang daripada 30 tahun dan hampir 60% wanita berumur 70 tahun. Masalah keguguran antara lelaki dan wanita juga berbeza. Kalau keguguran rambut dalam kalangan wanita ia dikenali sebagai rogeneticn aloprecia iaitu keguguran bermula daripada bahagian depan dan atas kepala sahaja. Berbeza pula dengan lelaki, keguguran akan bermula daripada bahagian depan hingga belakang kepala.

https://diaryofmuhammad.com/category/set-rambut-gugur/

Bagi anda yang tengah mengalami masalah keguguran rambut ini, jangan ambil mudah tau! Sebab rambut adalah mahkota bagi seorang wanita dan perlu dijaga sebaiknya. Ini tips yang boleh anda buat untuk mengurangkan masalah keguguran.

1. Jangan Kerap Sikat Rambut

Kalau dah tahu rambut senang gugur, jangan kerap sikat ya. Kalau nak sikat pastikan anda tidak menarik atau merentap rambut dengan kuat. 

Cara menyikat: Genggam sebahagian rambut lalu pegang di bahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dulu, barulah sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah. 

2. Guna Sikat Bergigi Jarang

Sikat bergigi jarang ini bagus sebab apabila menyikat rambut, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti sikat yang normal. 

3. Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu

Korang boleh ambil masa 10 minit untuk menyikat terlebih dahulu rambut yang kusut menjadi rapi kemudian baru mandi atau cuci rambut. Jika anda syampu rambut yang tengah kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi.

4. Tocang Rambut Sebelum Tidur

Sebelum tidur, anda boleh tocang rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelakkan rambut gugur dan yang bestnya rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur.

5. Makan Makanan Tinggi Protein

Perbanyakkan makan makanan yang bersumberkan tinggi proteion seperti ikan, kekacang seperti soya serta daging. Kalau nak tahu, kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!

6. Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut

Korang kena elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut, sebab haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biarkan saja rambut kering dengan udara.

7. Minum Air Putih Sebanyaknya

Minum 4 hingga 8 gelas sehari kerana ia akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh.

8. Pakai Minyak Kuatkan Rambut

Ansa boleh guna minyak semula jadi seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala.

9. Jangan Ikat Terlalu Ketat

Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat daripada fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

10. Basuh Rambut Selang 4–7 Hari

Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.

Sumber: Suria.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sat, 19 Oct 2019

Belajar minum air pada waktu yang betul, barulah cantik dan sihat!

Bukan susah untuk kekal cantik dan sihat!

Featured Thu, 21 May 2020

Rumah kampung, tetapi hiasan ruang tamu mengalahkan kondominium!

Bijak sungguh pemiliknya menghias rumah!

Featured Fri, 3 Aug 2018
Gaya Hidup Thu, 14 Jun 2018

Sila Ambil Perhatian! Hindari 5 Perkara Ini Selepas Makan

Sila elakkan lakukan 5 perkara ini lepas makan kalau nak kekal sihat.

Gaya Hidup Wed, 21 Mar 2018

Jom Sejukkan Tekak Anda Dengan ‘Inside Scoop’! Lebih 31 Perisa Yang Boleh Anda Cuba

Ais krim merupakan dessert yang disukai oleh semua orang, tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Gaya Hidup Wed, 13 Mar 2024
Featured Wed, 22 Feb 2023

Rancang Sebelum Berkahwin, PU Riz Buka Klinik Estetik Konsep Tradisional Islam

Wahh tahniah! PU Riz pun dah ikut jejak isteri buat bisnes