Gaya Hidup By: Yanie Baharom September 20, 2018 @ 10:06pm

Suka Bermonolog Sendirian Sering Dianggap Gila Walhal…

Guys, korang pernah tak bermonolog sendirian atau bercakap dengan diri sendiri? Jika bukan diri sendiri mungkin pernah melihat teman-teman yang bersikap sedemikian?

Biasanya bila menyaksikan keadaan aneh sebegini, kita akan terus membuat andaian individu yang dilihat kita itu mungkin psycho, kurang siuman, gila atau tekanan perasaan.

Padahal orang yang suka bermonolog sendirian ini dan waras, mempunyai ciri-ciri golongan  genius.

Kajian menunjukkan bahawa golongan genius suka bermonolog dengan diri sendiri. Albert Einstein iaitu lagenda Theoretical Physicist suka bercakap seorang diri, dia malah tidak suka bergaul.

Bicara sendiri membuat otak bekerja lebih efektif.

Foto: Simplemost

Sebuah pasukan penyelidikan di Quarterly Journal of Experimental Psychology yang ditulis oleh pakar psikologi Daniel Swigley dan Gary Lupya, menyifatkan golongan yang suka berbicara sendirian membuat otak bekerja lebih efektif.

Mereka telah melakukan kajian itu dengan membabitkan 20 orang untuk melaksanakan satu tugasan ‘mencari barang di supermarket‘.

Mereka menemukan bahawa orang yang memiliki kebiasaan berbicara pada diri sendiri mempunyai keupayaan dan bertindak lebih cepat.

Logiknya, individu yang biasa bercakap dengan diri sendiri membuat otak bekerja lebih cepat dan membuat ingatan lebih efektif.

Sebab itu kalau kita lihat bayi atau kanak-kanak suka berbicara sendirian atau dengan mainan mereka.

Foto: Mother Nature Network

Menurut LiveScience, bayi belajar untuk bercakap dengan menyebut perkataan yang mereka dengar daripada orang dewasa.

Kadang itu, perkataan yang disebutkan anak-anak comel ini mengejutkan kita yang mendengarnya.

Proses untuk kanak-kanak mencapai tahap petah bercakap, segalanya bersangkut paut dengan pembelajaran dan latihan.

Yang pasti, bermonolog sendirian ini dapat membantu perkembangan otak untuk mengatur berbagai macam pemikiran yang ada di kepala.

Berbicara pada diri sendiri membantu menjernihkan pemikiran, menenangkan diri dan membuat keputusan yang jelas di masa-masa sulit.

Sumber: Merdeka

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 22 Mar 2019
Gaya Hidup Wed, 14 Nov 2018

Gunakan 3 ‘Hack’ Berguna Ini Bila Anda Nak Pergi Camping

Gerenti aktiviti anda akan berjalan dengan lebih lancar!

Featured Mon, 19 Aug 2019
Gaya Hidup Mon, 29 Jul 2019

Jom ‘mandrem’ tikus dengan uncang teh!

Deria bau tikus akan terganggu sebaik menghidu uncang teh!

Featured Mon, 23 Dec 2019

8 teknik pertolongan cemas asas yang anda wajib tahu

Anda boleh selamatkan nyawa seseorang dalam situasi yang cemas.

Gaya Hidup Sat, 13 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara 3 Bulan Kerana Periksa Telefon Bimbit Suami!

Biar betul kena penjara sebab check telefon bimbit suami? 

Gaya Hidup Fri, 16 Nov 2018

Jadikan Anak Anda Jagoan Hafaz Al-Quran Dengan Amalan 7 Petua Ini

Cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dimulakan sejak anak berusia dua tahun.

Featured Fri, 28 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

15 Gambar Kek Viral Yang Akan Buat Anda Geli Hati, No. 14 Paling Kelakar!

Bukan semua orang ada kepakaran untuk menghasilkan kek.