Acara By: tex_admin January 8, 2018 @ 8:43am

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear!

Cuba bayangkan buah pear. Melihat pada keadaan fizikalnya ia tirus di bahagian atas dan melebar di bahagian bawah. Sama juga dengan fizikal manusia. Wanita dengan bentuk badan pear tidak semestinya gemuk dan rendah sahaja. Anda yang kurus tinggi juga boleh memiliki bentuk badan pear.

Rata-rata wanita di Malaysia mempunyai bentuk badan pear. Bentuk badan begini lebih lebar di bahagian bawah pinggang, iaitu di bahagian pinggul dan paha. Bentuk badan yang dahulunya runcing ketika anak dara boleh berubah selepas melahirkan anak.

Ada beberapa tips berpakaian bagi anda yang berbadan pear, untuk tampak lebih kurus dan tinggi.

1. Elakkan baju dengan ropol-ropol atau corak yang sarat di bahagian pinggul atau paha. Fokus mata akan tertumpu pada bahagian ini. Justeru elakkan fesyen yang menarik perhatian di bahagian tersebut.

2. Gayakan baju atau blouse bercorak yang dipadankan dengan skirt atau seluar polos. Lebihkan aksesori atau gayakan shawl sebagai titik focus dalam gaya anda.

3. Pakai warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Gelap tidak semestinya hitam, ianya boleh juga seperti padanan skirt polos berwarna coklat cair dan blouse berbunga kecil.

4. Pakai skirt atau seluar yang kembang di bahagian bawah atau buku lali. Namun elakkan juga skirt yang terlalu kembang bagi mereka yang rendah, bimbang ia akan menampakkan diri lebih

5. Elakkan ‘belt’ atau tali reben dari baju yang berjuntai di bahagian pinggul anda

6. Pakai jaket atau blazer – jaket dan blazer juga boleh menjadi aksesori yang sesuai. Gayakan jaket dari warna yang kontra daripada warna baju dan seluar yang dipakai.

7. Aksesori seperti rantai leher mutiara yang labuh atau juntaian shawl di bahagian hadapan dada dapat memberikan ilusi badan yang lebih tinggi.

Tips mudah – elakkan sarat di bahagian pinggul, lebihkan aksesori atau gaya di bahagian atas badan serta di bahagian kaki.

Usah malu mempunyai bentuk badan pear. Bersyukurlah kerana itu adalah kurniaan Allah. Walaupun berbadan pear dan berisi, tetapi keinginan hati meluap-luap untuk kuruskan badan, boleh cuba 10 cara kuruskan badan yang pernah ditulis sebelum ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 16 Jan 2018

Timun Bukan Sahaja Manfaat Untuk Cantik, Malah Untuk Kesihatan Badan

Segelas air timun mampu memenuhi hingga 20% vitamin K yang diperlukan setiap hari.

Drama Sat, 10 Dec 2022

Jangan Lepas Tanganku Nafas Baru Buat Sufi Rashid Selepas Setahun Menghilang

Penyanyi bersuara merdu, Sufi Rashid kembali menghiai industri muzik dengan mempertaruhkan lagu terbarunya berjudul Jangan Lepas Tanganku. Amar Habir bersama kugiran Faris Fuad dan Jad Lobo adalah komposer yang dipertanggungjawabkan dalam penghasilan lagu unik Sufi […]

Gaya Hidup Sat, 10 Mar 2018

Tip Agar Peti Ais Sentiasa Berbau Segar & Tak Lagi Busuk

Bila buka peti sejuk mesti stres kan terhidu bau busuk!

Gaya Hidup Sat, 19 Jan 2019

Gambar telur ayam ketepikan rekod ‘likes’ dipegang Kylie Jenner!

Kylie membuat video lucu dengan memecahkan telur ayam di jalan raya. Haha!

Gaya Hidup Tue, 20 Nov 2018
Featured Wed, 7 Dec 2022

Hafiz Mahamad Dedah Aktiviti Harian – “Saya Hanya Menumpang Rezeki….”

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan dia hanya menumpang rezeki isterinya, Syafiqah Aina.   View this post on Instagram   A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) Hafiz berkongsi perkara terbabit menerusi kemas kini […]

Gaya Hidup Tue, 25 Sep 2018
Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

Gaya Hidup Wed, 25 Apr 2018

Secawan RM220, Kopi Tahi Gajah Paling Mahal Di Dunia!

Kopi tahi gajah? Wujud ke kopi jenis ini?