Gaya Hidup By: Padin June 14, 2024 @ 10:33am

Tampil Keunikan Setiap Negeri, Ratu Etnik Perpaduan Malaysia 2024 Berlangsung Sukses!

Acara Ratu Etnik Perpaduan Malaysia 2024 telah berlangsung dengan sukses, baru-baru ini di Dewan Kenanga, Seksyen 28, Shah Alam.

Mengangkat keunikan budaya Malaysia, acara yang dianjurkan oleh Queen Production ini mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Anak Sabah Kami Bersatu Selangor (PKASKBS) dan ia diadakan pada 2 Jun lalu.

Menurut Victoria Valera selaku Ikon Madani Malaysia 2024 The Queen Production, acara Ratu Etnik Perpaduan Malaysia 2024 adalah hasil kolaborasi dengan beberapa pihak.

“The Queen Production berkolaborasi dengan PKASKBS untuk mengadakan majlis ini. Kami mendapat tajaan dan sokongan daripada MPP Zon 10 Alam Megah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Dun Kota Kemuning, YB Preakas Sampunathan, Parlimen Libaran Dato Suhaimi Haji Nasir dan Puan Suria Lasius dari SL Production, Sandakan, Sabah.

“Kami bersyukur acara ini berjalan lancar dan mendapat ramai penyertaan untuk menonjolkan keunikan budaya Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Ada empat kategori dan kami mendapat 43 penyertaan serata Malaysia,” kata Victoria.

Tambah Zara Vallsentos selaku Ikon Madani Malaysia 2024 The Queen Production, ini merupakan acara sulung yang dianjurkan.

“Ini merupakan kali pertama kami mengadakan acara ini dan semestinya ia bukan kali terakhir. Tahun depan bersempena Tahun Melawat Selangor 2025, kami bakal adakan sesuatu yang lebih besar dan mengadakan Ratu Etnik Perpaduan Malaysia untuk edisi seterusnya,” katanya.

Tambah Sudin Labiding selaku Pengerusi PKASKBS, persatuan berharap agar pertandingan dan acara ini dapat memperkenalkan PKASKBS untuk lebih dekat dengan komuniti.

“Kami berharap acara ini dapat memperkenalkan lagi PKASKBS kepada semua. Kami ingin menonjolkan budaya Sabah kepada semua. Kami kata dengan pelbagai budaya dan gembira dapat berkongsi dengan semua.

“PKASKBS juga mahu menyatu padukan anak Sabah yang berada di Selangor dan Lembah Klang. Kami ada banyak perancangan di masa akan datang untuk persatuan dan saya berharap semuanya dipermudahkan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 19 Jan 2018

Jom Detok Dengan Jus

Cara yang paling mudah untuk menyingkirkan racun atau toksin daripada tubuh badan ialah dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain itu, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan dan sayuran untuk tujuan detok.

Gaya Hidup Tue, 31 Jul 2018

Ini Perkara Yang Anda Perlu Buat Jika Berlakunya Gempa Bumi

Di Malaysia mungkin tak ada, tapi tak salah jika anda belajar.

Gaya Hidup Sat, 3 Nov 2018

Ini Cara Nak Cuci Kain Buruk Untuk Nampak Macam Baru Beli

Sekali cuci nampak macam baru beli!

Featured Sat, 9 May 2020
Gaya Hidup Mon, 6 Aug 2018

Siapa Bilang Rambut Beruban Tidak Menawan?

Ironinya rambut bertukar warna kepada putih, bukan sesuatu yang diinginkan, khususnya bagi masyarakat Asia, yang lazimnya berambut hitam.

Gaya Hidup Wed, 10 Oct 2018
Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Tiada Makanan Halal Di Disneyland Tokyo? Kedai Ini Boleh Deliver Bento Halal Untuk Anda

Tak syoknya bila tak ada makanan halal di Disneyland. Takkan nak kena bawa makanan sendiri pula?

Featured Wed, 30 Oct 2019
Featured Fri, 16 Dec 2022