Gaya Hidup By: Padin February 14, 2023 @ 8:50pm

Tampil Persis Maharaja! Ikut Tema Crazy Rich Asian, Aznil Nawawi Terima Anugerah One In A Million

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang tampil persis seorang maharaja meraih perhatian peminat.

Melaram sakan dengan busana indah rekaan Razman Razmi, pengacara yang mesra disapa dengan nama Paknil itu menggayakan pakaian tersebut demi memenuhi tema Crazy Rish Asians.

Tajuk filem tersebut dipilih oleh jenama Eskayvie sebagai tema majlis makan malam tahunan eksklusif di W Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

@datukaznilnawawi This what happened before the event @Eskayvie Malaysia Thanks @RAZMAN RAZMI ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Berkongsi video sebalik tabir di akaun TikTok miliknya, Paknil meraih pujian peminat yang kagum dengan penampilannya.

Majlis sama juga menyaksikan Paknil menerima anugerah ‘One in A Million Award’ atas komitmen pengacara itu menyampaikan perkongsian yang terbaik kepada masyarakat.

Dalam pada itu, majlis yang meraikan lebih 500 usahawan Eskayvie Nexus dan kakitangan diadakan untuk berkongsi rezeki.

“Majlis bertemakan ‘Crazy Rich Asian’ ini diadakan khas bagi menghargai kesungguhan dan kerja keras semua yang terlibat bersama Eskayvie sepanjang tahun 2022.

“Selain penyampaian anugerah buat usahawan Eskayvie Nexus dan kakitangan yang telah menunjukkan kecemerlangan berterusan, Eskayvie turut menghadiahkan penginapan bertaraf 5 bintang buat semua kakitangan bersama keluarga bagi menghargai usaha mereka,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menerusi sebuah kenyataan media.

Kemuncak acara ini adalah penyampaian hadiah sebuah Proton X50 kepada pemenang Hadiah Utama bagi kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2023 yang telah dijalankan bermula November 2022 sehingga Januari 2023 lalu.

Sebagai pembuka tirai tahun 2023, Eskayvie telah melancarkan produk terbaharunya pada
Januari lalu.

“Produk semburan aromaterapi Eskayvie Neuscential Inspire dan Eskayvie Neuscential Calme diformulasikan bertujuan untuk membantu para pengguna memperbaiki mood, fokus, memberi rasa tenang di samping melegakan simptom stres, kemurungan dan sukar tidur,” kata Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri selaku formulator produk jenama terbabit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 23 Nov 2022

Bakat & Rupa Harus Selari, Pelakon Baharu Muaz Zabir Masih Mencari Tapak Dalam Industri

Juara program Fit For Action TV3, Muaz Zabir atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, mendedahkan masih banyak yang perlu dipelajari sebagai pendatang baharu dalam industri seni Menurut Muaz, dia mencuba sebaik mungkin untuk memberikan yang

Featured Mon, 9 Mar 2020
Featured Fri, 17 Apr 2020

Keselamatan dan kesihatan murid lebih utama, Peperiksaan UPKK turut dibatalkan

Satu kaedah pentaksiran baharu akan diperkenalkan

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Bujur, Segitiga Atau Bulat? Ini Contoh Potongan Rambut Ideal Berdasarkan Bentuk Muka

Bentuk muka akan mempengaruhi gaya rambut atau pemakaian tudung seseorang.

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019

Waris Mendiang Steve Irwin Dinobatkan Wildlife Photographer Of The Year!

Andai mendiang Steve Irwin masih hidup, tentunya dia berbangga dengan pencapaian Robert.

Gaya Hidup Sun, 20 Jan 2019

Enam bahasa tubuh yang sering dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat Jepun. No 2 dianggap aneh! 

Bahasa tubuh, salah satu cara menterjemahkan sesuatu tanpa perlu bertutur.

Gaya Hidup Mon, 8 Jan 2018

Betul Atau Tidak, 10 Barang Ini Wajib Ada Dalam Handbag Wanita?

Jika anda seorang wanita, membawa beg tangan adalah menjadi aksesori yang penting kan? Mana tidaknya, nak bawa macam-macam barang tak kira nak pergi ke tempat kerja, pergi ke kelas atau berjalan-jalan. Kalau macam itu, dalam

Featured Tue, 24 Mar 2020
Gaya Hidup Wed, 4 Apr 2018

Alami Kemurungan Setelah Ibunya Cuba Membunuh Diri, Dwayne “The Rock” Johnson Kongsi Tip Menanganinya

Sebelum dia mencapai kebahagiaan dan kemewahan ini, hidup Dwayne jauh dari sempurna.

Gaya Hidup Mon, 19 Mar 2018

Mahu Rasai Keseronokan Berganda Cuti Sekolah Ini? Jom Ke Mamee Jonker House, Melaka

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seisi keluarga di mana pengunjung boleh meneroka keunikan World of Good Taste Gallery, Noodle Doodle, Lil Monsters Kitchen & Merchandise Store, semuanya di bawah satu bumbung!

| Live TV