Gaya Hidup By: Yanie Baharom January 29, 2019 @ 10:00am

Tangan kuning terkena serbuk kunyit? Jangan bimbang ini petua mujarab wajib anda cuba

Apabila menggoreng ikan, memang tidak sah kalau tidak menggunakan kunyit. Begitu juga apbila memasak lemak cili api atau rendang, tanpa kunyit maka hambarlah rasa sesuatu hidangan itu.

Fungsi kunyit sebagai antara rempah ratus penting dalam masakan, memang tidak dapat dinafikan.

Cumanya, ramai yang tidak suka dengan kesan warna kuning yang tertinggal pada tangan dan kuku, ada kalanya sehingga dua hari baru hilang warnanya. 

Takkan nak gaul ayam dengan kunyit guna sudu atau sarung tangan pula semata-mata hendak elak keadaan ini? Hilanglah nikmat kelazatan air tangan!

Jadi, apakah cara terbaik untuk anda menghindari saki baki warna kuning kunyit dengan kadar segera? Usah gusar Hijab & Heels ada jawapannya! 

 

#Petua1 : Minyak zaitun

Foto: lombokita

Minyak zaitun dapat menghilangkan warna kuning di tangan.

Caranya oleskan minyak itu ke tangan dengan rata. 

Kemudian ambil kain bersih dan lapkan bahagian tangan yang berminyak tadi.

 

#Petua2 – Gula pasir

Foto: womantalk.com

Mengelakkan tangan berbekas kuning kunyit, gosok dengan gula pasir yang dicampur 

Lakukan hal ini sehingga warna kunyit luntur.

 

#Petua3 – Minyak kayu putih

Foto: Skipping Oceans

Ini satu lagi petua mujarab. Sapukan minyak putih di telapak tangan, kemudian gosok tangan sampai luntur warna kuning kunyit tadi.

Jangan terus mencucinya, jika anda tidak mahu tangan terasa panas. 

 

#Petua4 – Serbuk penaik

Foto: medicalnewstoday

Serbuk penaik boleh digunakan untuk menghilangkan bekas warna kunyit.

Campurkan serbuk penaik dengan air, sapukan pada tangan, kemudian gosok bahagian tangan yang terkena kunyit sampai bersih.

 

#Petua5 – Lemon

Foto: Organic Facts

Yang ini paling menarik! Selain menghilangkan warna kunyit pada tangan, bau buah lemon yang harum cukup menyamankan! 

Mudah saja caranya, gosok hirisan lemon pada tangan sampai warna kunyit luntur kemudian bilas dengan air bersih.

Selamat mencuba!.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 May 2020
Featured Fri, 1 May 2020

Applikasi MySejahtera, MyTrace bantu KKM kesan kontak rapat

Majikan diminta amal jadual kerja anjal, kerja dari rumah

Featured Wed, 23 Nov 2022

Bakat & Rupa Harus Selari, Pelakon Baharu Muaz Zabir Masih Mencari Tapak Dalam Industri

Juara program Fit For Action TV3, Muaz Zabir atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, mendedahkan masih banyak yang perlu dipelajari sebagai pendatang baharu dalam industri seni Menurut Muaz, dia mencuba sebaik mungkin untuk memberikan yang […]

Gaya Hidup Sat, 13 Oct 2018

Wanita Ini Dipenjara 3 Bulan Kerana Periksa Telefon Bimbit Suami!

Biar betul kena penjara sebab check telefon bimbit suami? 

Featured Thu, 23 Apr 2020
Gaya Hidup Thu, 19 Mar 2020
Featured Mon, 24 Dec 2018
Gaya Hidup Tue, 6 Feb 2018

Tip Elak Cemburui Kebahagiaan Orang Lain

Siapa sahaja yang boleh menafikan impak negatif cemburu yang antaranya boleh mengundang tekanan, menyekat kebebasan, menjurus ketidakpuashatian dan seterusnya menyebabkan individu membuat sesuatu tidak terjangka.

Featured Mon, 6 Apr 2020

Mahu buat pastri Perancis di dapur sendiri? Ini caranya

Tak perlu ke sana untuk makan pastri enak ini