Gaya Hidup By: Yanie Baharom October 5, 2018 @ 5:00pm

Teh Untuk Golongan “Have-Have”, Harga Segram Lebih Mahal Daripada Emas!

Lebih popular dengan harganya berbanding rasanya, teh yang sangat jarang ditemui dan asli Da Hong Pao (Imperial Red Robe), merupakan teh yang berharga kira-kira RM41,500 per periuk, atau sekitar RM5,810 setiap gram, menurut BBC Travel.

Hanya terdapat di kawasan pergunungan sekitar bandar Wuyishan di China, Da Hong Pao adalah teh Oolong, memiliki perpaduan antara daun teh hijau dan hitam yang sangat teroksidasi, gelap dan terkenal dengan aroma yang manis dan rasanya halus.

Oleh kerana kualiti dan harga, keluarga berpendapatan rendah tidak dapat minum teh mahal di China. Namun, bagi mereka yang mampu membayarnya, teh istimewa ini biasanya disediakan untuk tetamu yang dihormati.

Foto: Shantea.com

Kualiti teh Da Hong Pao dinilai dengan pelbagai citarasa dan dipengaruhi oleh pemprosesan yang digunakan, perbezaan tanah dan lokasi tanaman.

Pembuat teh generasi lama turut mengadakan ritual tahunan khas untuk Da Hong Pao supaya pokok teh itu tumbuh subur. Mereka pergi ke kawasan pergunungan pada setiap musim bunga dan berdoa kepada Tuhan teh, Lu Yu supaya pucuk baru tumbuh.

Daun teh itu dikatakan disapu dengan susu kambing ketika ia membesar dan selepas ia dituai. Daunnya kemudian dikeringkan dan dibiarkan selama 80 tahun untuk mendapatkan rasa teh yang istimewa.

No wonderlah mahal. Ada ke yang sanggup nak beli?

Sumber: Siakap Keli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 5 Jul 2019

Anda mangsa majikan pilih kasih?

Mampukah budaya ini dihapuskan?

Gaya Hidup Thu, 11 Jan 2018

Hidangan Menyelerakan di The Sumbs

The Sumbs, For Foodie By Foodie Café. Bagi warga Shah Alam, kafe ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang tahu tentang kelazatan makanannya. Berkonsepkan makanan fusion, The Sumbs menampilkan kelainan dalam pilihan menu dan […]

Gaya Hidup Thu, 20 Dec 2018

Menurut Kajian, Otak Manusia Mula Berfungsi Sepenuhnya Pada Jam 10 Pagi

Tubuh badan manusia secara semula jadi bergantung kepada jam biologi badan.

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018

Ingin Menguasai Teknik Memotong Bawang Besar? Pelajari Daripada Video Ringkas Ini

Kalau nak pandai memasak, sekurang-kurangnya belajar teknik ini dulu.

Gaya Hidup Wed, 3 Jul 2019
Featured Mon, 19 Aug 2019

Melukis dengan kopi pekat, hasilnya mengagumkan

Aroma kopi buat diri rasa tenang, cubalah!

Featured Fri, 12 Oct 2018

Isi Borang 40 Muka Surat Dulu Baru Boleh Masuk Ke Rumah Hantu McKamey Manor. OMG!!

Hampir tiada seorang pun yang mampu menghabiskan pengalaman masuk ke Mckamey Manor. Mesti seram gila!

Gaya Hidup Fri, 22 Mar 2019
Acara Tue, 29 Oct 2019

Kempen Always Be Clean (ABC) tingkat kesedaran kebersihan untuk kanak-kanak

Kerjasama diantara KPJ Ampang Jaya dan Antabax bagi menjayakannya!

Featured Fri, 29 May 2020

Kluster baharu dikesan dengan 100 peratus pesakit tidak bergejala

Punca lonjakan jumlah kes harian positif COVID-19

| Live TV