Gaya Hidup By: Ad Ops February 15, 2018 @ 1:13pm

Telefon Bimbit Jejaskan Kulit. Bawa Lebih Banyak Kuman Berbanding Tandas Awam?

Manusia dan telefon memang tidak dapat dipisahkan. Namun, tahukah anda telefon bimbit dianggap tidak bersih dan membawa lebih banyak kuman berbanding tandas awam.

Jom semak empat kesan buruk telefon bimbit kepada kulit wajah anda.

1. Dermatitis

Memegang telefon begitu dekat dengan telinga boleh menyebabkan zon telefon iaitu sisi dahi, pipi dan dagu ditumbuhi ruam serta jerawat. Kotoran dan bakteria yang bersarang pada skrin telefon dipindahkan kepada kulit ketika anda berbual telefon sehingga membawa kepada jangkitan pada kulit.

Tip: Guna alat hands-free dan bersihkan telefon anda setiap hari dengan tisu anti-bakteria. Jangan lupa basuh tangan dan bersihkan wajah anda dengan betul.

2. Kedutan

Sudah menjadi tabiat sebelum tidur pasti akan layari media sosial atau membaca blog kegemaran dan sebagainya. Mengecilkan mata untuk baca mesej pada skrin boleh mengakibatkan garis kedutan pada sisi mata dan antara dua mata.

Tip: Anda boleh membesarkan font dan menaikkan kecerahan skrin untuk mengurangkan masalah ini. Anda juga boleh mengunakan serum mata yang mempunyai kolagen untuk membantu kurangkan kedutan.

3. Ton tidak sekata

‘Bergayut’ terlalu lama dengan telefon boleh membuatkan telefon menjadi panas. Pendedahan kepada haba boleh meningkatkan penghasilan melanin sekaligus mengakibatkan bintik hitam dan tona kulit tidak sekata.

Tip: Jangan biarkan telefon anda terlalu lama di bahagian muka. Letakkan telefon anda dalam mod pembesar suara atau menggunakan headset untuk perbualan yang lebih panjang. Anda juga boleh menggunakan krim pencerahan yang mengandungi vitamin C dan E untuk mengurangkan masalah tersebut.

4. Eye bag dan dark circle

Lampu LED dan cahaya biru dari alatan elektronik boleh menjejaskan kitaran tidur. Menurut kajian Sekolah Perubatan Harvard, cahaya dari telefon mampu mengganggu keupayaan tubuh untuk menghasilkan melatonin, iaitu sejenis bahan kimia yang bertanggungjawab untuk buat anda mengantuk. Masalah tidur menyebabkan kantung mata dan lingkaran gelap di bahagian mata.

Tip: Cuba tidur awal dan disiplinkan diri untuk tidak menggunakan telefon sebelum waktu tidur. Selain menyapu krim mata yang sesuai, uncang teh dan sudu beku yang diletakkan dalam peti ais juga boleh merawat masalah yang dihadapi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 25 Jul 2018

Menurut Kajian, ‘Supper’ Selepas 10 Malam Tingkatkan Risiko Kanser. Biar Betul?

Bahaya makan selepas jam 10 malam ataupun sebelum tidur dalam keadaan perut penuh.

Featured Thu, 25 Oct 2018

Bagaimana Mendapat Gambar Yang Perfect Untuk Instagram, Ini Taktiknya!

Kalau nak gambar dapat banyak tanda suka, foto-foto yang dimuat naik mestilah kena perfect!

Gaya Hidup Wed, 15 May 2019

4 bahan dalam penjagaan wajah yang perlu anda elakkan! Ini sebabnya

Keempat-empatnya berpotensi merosakkan alam sekitar.

Gaya Hidup Sat, 3 Nov 2018

Ini Cara Nak Cuci Kain Buruk Untuk Nampak Macam Baru Beli

Sekali cuci nampak macam baru beli!

Featured Wed, 22 Apr 2020
Featured Wed, 21 Nov 2018

Jangan Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Yang Berkulat!

Nampak saja bersih tapi ianya sudah dicemari dengan akar kulat.

Gaya Hidup Mon, 7 Oct 2019

Gaya 90-an jadi inspirasi rekaan kasut ‘streetwear’ pertama Lacoste

Kekal elegan dengan kasut ‘streetwear’ Court Slam

Featured Thu, 18 Jan 2018

Kurus Tak Semestinya Sihat

Kurus itu cantik! Itu fakta yang tersemat di pemikiran ramai wanita. Namun, tahukah anda kurus itu tidak semestinya melambangkan seseorang itu 100% sihat. Ini disebabkan mereka yang kurus selalu merasakan mereka sihat lalu mengambil ringan […]

Featured Sat, 11 Apr 2020