Gaya Hidup By: Padin August 16, 2021 @ 6:31pm

Terang Jadi Alternatif Anak Seni Berkarya Ketika Pandemik

Dalam gelap pandemik, sekumpulan pengkarya hadir membawa Terang, sebuah Temasya Rangkaian yang meraikan kesejahteraan hidup melangkaui kekangan kawalan pergerakan.

Terang menampilkan sebuah arena maya bersandarkan seni, kesusasteraan, muzik, gaya hidup, budaya, pembangunan serta ranah kemasyarakatan.

Bencana sejagat COVID-19 mengubah tiap aspek kehidupan serta-merta. Kala kini, khalayak sedang melalui ubahsuai cara hidup, kerja dan istirahat.

Peralihan sebegini mendorong kelahiran Terang pada 23 Mac tahun lalu, sekaligus bertindak sebagai platform maya yang menyajikan sokongan serta kandungan seni dan kemasyarakatan.

Tahun lalu, Terang berjaya menganjurkan 9 siri acara yang memuatkan 116 program tempatan, serantau dan antarabangsa, serta permuafakatan bersama Culture Del Mondo, Itali, dalam Piccolo Grandi Concerti Virtual Festival dan Disember 2020 menyaksikan jaringan TERANG meliputi 5,700 pengikut di laman Facebook.

Tahun ini, Terang tampil bercahaya bermula dengan acara pembukaan, Bual Tekstual, akan bermula pada 7 Ogos lalu, menampilkan persembahan seni muzik Aki Seruling diikuti dengan wawancara bersama Iltizam Iman seputar mata pelajaran kehidupan.

Bersiaran secara langsung dari Kebun Pusat Sekitar Seni, Batu Pahat, Johor, segmen ini melibatkan penulisan kajian sejarah, kebudayaan, bacaan puisi dan pencerapan alam semulajadi ke arah pembentukan pengalaman manusiawi.

Redo mengambil tempat untuk segmen seterusnya secara langsung dari Kolektif Naratif, melalui penganjuran bengkel penulisan dalam bentuk zine, perbincangan seputar isu semasa.

Fahmi Lokman bakal berkongsi budaya pembacaan dan arkib buku secara langsung dari Baris Kata Bookstore, serta cadangan naskah-naskah yang sesuai dibaca kala pandemi, disusuli dengan sesi bacaan karya-karya terpilih. Beliau bakal membawa penonton menjelajah alir industri persuratan dan perbukuan sehingga kala kini.

Sebanyak lima program utama bertema bakal berlangsung, iaitu Bual Tekstual, Kembara Musik Masa Hadapan, E-Sukan, Di Hati Filem serta Inisiatif Kreatif, dengan pelbagai segmen meliputi wacana, bengkel, forum dan persembahan yang dikendali oleh barisan artisan, pengkarya, pengkritik, dan pelbagai artis seni kreatif negara.

Terang juga merancang untuk menjalinkan kolaborasi bersama Naza The Times, Mamat Khalid dan lain-lain lagi.

Menurut salah seorang pengasas Terang, Muhammad Faixyl, mereka berhasrat untuk membuang jarak, mendekati khalayak melalui program yang lebih interaktif.

“Atas faktor ini, Terang memperkukuh pelbagai program termasuk wacana, bengkel dan persembahan, yang tidak hanya memaparkan ilmu-ilmu pembangunan manusia, seni dan kebudayaan, tetapi menggalakkan perkongsian sesama panel dan audiens.

“Kita sedia maklum, pandemik merubah hidup kita secara total, maka melalui Terang, kami berharap untuk menjadi sebuah arena sokongan maya yang menyuburkan pemikiran. Selain hadiah istimewa untuk audiens bertuah, kami ada pelbagai kejutan untuk anda semua,” katanya.

Temasya Rangkaian, Terang bakal bermula rasmi pada 7 ogos, 4:30 petang, dengan dukungan Iskandar Regional Department Authority (IRDA), Johor. Tujuan terang juga ialah untuk menjana pendapatan buat penggiat seni dan mampan ekonomi seni kerana meskipun acara adalah percuma tetapi setiap aktivis dan penggiat seni diberikan pendapatan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-2362363 atau e-mel kepada [email protected] serta ikuti laman Facebook dan Instagram menerusi kata kunci @Temasyarangkaian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 24 Apr 2018

Buat Kaki Tidur Lewat, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tidur Awal

Masyarakat hari ini sukar untuk memenuhi keperluan untuk tidur lebih awal kerana tuntutan kerja dan gaya hidup yang sibuk.

Featured Mon, 14 Oct 2019

Impikan perkahwinan di dalam jet peribadi? Dengan RM50,000 anda mampu melaksanakannya!

Pakej ini hanya boleh didapati menerusi perkhidmatan Efinair!

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

6 Bahan Makanan Biasa Yang Tak Perlu Disimpan Dalam Peti Sejuk

Ada beberapa jenis makanan yang akan rosak dengan lebih cepat kalau disejukkan!

Featured Tue, 16 Oct 2018
Gaya Hidup Mon, 2 Jul 2018
Gaya Hidup Tue, 25 Sep 2018
Featured Wed, 21 Aug 2019
Gaya Hidup Wed, 29 Aug 2018

Wanita 4 Series Disangka 20-an, Kisah Awet Muda Lure Hsu Bikin Tular!

Selain faktor genetik, Lure turut mendedahkan dia mengamalkan diet pemakanan yang ketat untuk mengekalkan keremajaan.

Featured Wed, 15 Apr 2020

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Pengasas jenama kecantikan AS bersatu taja PPE