Gaya Hidup By: tex_admin December 16, 2019 @ 12:33pm

Toys “R” Us tawar set mainan baharu sempena cuti sekolah

Oleh Amnan Hibrahim

Bagi mengisi waktu lapang pada musim cuti sekolah, ibu bapa tentunya mencari-cari mainan yang sesuai dan menarik buat si kecil bagi memastikan masa terluang diisi dengan aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi pada masa yang sama turut berfaedah bagi proses pembesaran anak mereka.

Sehubungan itu, pengeluar barangan mainan terkenal Toys “R” Us memperkenalkan pelbagai koleksi mainan dan hadiah bersempena dengan musim cuti sekolah kali ini.

Dengan penawaran terbaharunya , Toys “R” Us yang sudah sedia dikenali sebagai pengeluar mainan yang menekankan aspek keseronokan dan perkembangan kanak-kanak dalam penghasilan produk mainan pastinya memudahkan ibu bapa untuk memilih permainan yang bersesuaian dengan anak mereka.

Selain koleksi mainan yang diinspirasikan daripada filem terkini seperti Frozen 2, Star Wars, Marvel dan Transformers, almari jualan Toys “R” Us turut dimeriahkan lagi dengan set mainan terbaharu iaitu LOL Surprise dan Zuru Smasher.

Koleksi mainan keluaran Toys “R” Us turut diinspirasi daripada beberapa filem yang menjadi kegemaran kanak-kanak di seluruh dunia. Foto: Toys “R” Us

Tidak lupa juga, Toys “R” Us kekal menyediakan mainan yang sekian lama menjadi kegemaran kanak-kanak yang sesuai untuk seisi keluarga ataupun bersama-sama rakan seperti Lego, Barbie Nerf dan Hot Wheels.

Bagi bayi pula, Babies “R” Us menyediakan koleksi yang direka khusus untuk menyokong pembesaran kanak-kanak sesuai dengan setiap peringkat usia mereka. 

Dengan pilihan koleksi mainan yang pelbagai ini, tentunya memudahkan setiap ahli keluarga untuk memilih mainan yang terbaik untuk dihadiahkan kepada si kecil.

Berikut adalah antara pilihan mainan terbaik yang berada dalam carta Geoffrey’s Toys “R” Us Malaysia:

L.O.L Surprise

Terdapat 24 alatan fesyen yang disediakan dalam set patung mainan L.O.L Surprise! # OOTD Winter Disco merangkumi hiasan telinga, gaun, kasut musim sejuk dan beberapa kombo aksesori fesyen yang boleh disuaipadankan mengikut cita rasa si kecil. Harga bagi set mainan L.O.L Surprise ialah RM 199.90.

Pixies Belles Asst

Mainan comel Pixies Belles Asst ini sangat interaktif dan menarik boleh juga dijadikan saebagai aksesori pakaian buat kanak-kanak. Foto: Toys “R” Us

Mainan makhluk kecil yang comel tentunya menghadirkan keterujaan buat si kecil dengan ciri-ciri interaktif seperti mengeluarkan warna pada bahagian tanduk mengikut mood patung kecil berkenaan dan juga membuat enam tarian yang berbeza. Tambah menarik, mainan ini juga akan bergerak mengikut arahan suara ataupun tepukan tangan si kecil.

Di samping itu, mainan kecil ini mudah untuk dibawa ke mana-mana dengan bantuan daripada magnet yang dilengkapkan pada mainan berkenaan. Bahagian ekor makhluk mainan ini juga hadir dengan ciri boleh ubah untuk dijadikan sebagai gelang, rantai kunci dan aksesori hiasan rambut buat si kecil. Setiap satu daripada Pixies Belles Asst boleh didapati pada harga RM99.99.

Rainbocorns Plush Big Bow Surprise

Telur emas gergasi Rainbocorns Plush Big Bow Surprise yang berharga RM279.99 ini menyimpan patung rainbocorn terbesar dan turut diceriakan dengan 25 lapis warna pelangi yang pastinya memberikan pengalaman yang mengujakan ketika bermain.

Set ini turut dilengkapi dengan pelbagai aksesori menarik seperti labuci berbentuk hati, aksesori, stiker dan beberapa mainan ikatan busur ataupun tali leher kupu-kupu yang juga boleh dipakai pada pakaian kanak-kanak.

Disney Junior Mickey & Friends Clubhouse

Dilengkapi dengan cahaya interaktif dan juga kesan bunyi, set mainan  mewah berharga RM349.99 ini pastinya akan membuatkan si kecil menghabiskan masa berjam-jam bermain dengan pelbagai jenis patung Mickey Mouse yang melengkapkan set interaktif Disney Junior Mickey & Friends Clubhouse.

Luvabella Newborn Blonde Hair 

Set patung interaktif Luvabella Newborn Blonde Hair mampu untuk memberikan ekspresi muka yang semula jadi berserta dengan pergerakan muka dan bunyi yang realistik.

Patung mainan yang turut dilengkapi botol susu dan pelbagai aksesori lain ini turut berupaya untuk mengeluarkan bunyi sendawa selepas diberi makan dan ketawa ketika si kecil bermain-main dengannya. Set patung mainan Luvabella Newborn Blonde Hair ini boleh didapati pada harga RM 399.99.

Toy Story Life Sized Talking Figure

Dengan menekan butang Buzz, patung Toy Story dengan saiz sebenar yang berharga RM285 ini boleh bercakap dalam bahasa klasik sama seperti wataknya dalam filem. Selain pakaian ikoniknya, si kecil juga pastinya akan terhibur dengan ungkapan frasa terkenal daripada karakter patung Toy Story ini.

Smasher Giant Smash

Dengan memecahkan mainan Smasher Giant Smash yang berbentuk telur ini, kanak-kanak akan mengalami lebih 25 kejutan yang tersimpan rapi dalam set mainan eksklusif Smash-o-saur Dino!. Dengan bantuan daripada peta yang disediakan, kanak-kanak akan dipandu untuk mengeluarkan beberapa bahan dalam tanah seperti bom lava bergas dan fosil tulang daripada zaman ais.

Dengan mengumpulkan kesemua tulang di dalam set ini, kanak-kanak boleh membina satu daripada tiga binaan eksklusif Smash-o-saurs. Selain itu, kanak-kanak juga akan menerima kejutan setiap daripada telur Dino yang terdapat di dalam set mainan ini dengan mainan seperti alat galian dan binaan. Set mainan Smasher Giant Smash ini boleh didapati pada harga RM169.99.

Matchbox Transporter Bundle

Kotak pengangkut bagi yang terdapat dalam set Matchbox Transporter Bundle ini boleh berperanan sebagai alat untuk menyimpan barang mainan. Foto: Toys “R” Us

Mainan trak pengangkut yang berharga RM174.99 ini dilengkapkan dengan 10 buah kotak pengangkut yang membolehkan kanak-kanak mengangkut 20 kenderaan mainan yang terdapat di dalam set mainan ini. Apa yang lebih menarik, kotak pengangkut bagi set mainan ini juga berperanan sebagai kotak penyimpanan mainan, sekali gus memudahkan ibu bapa dan juga kanak-kanak untuk menyimpan mainan berkenaan selepas sudah bermain.

Promosi dan acara menarik sepanjang musim cuti sekolah

Pemegang kad Star Toys “R” Us yang membeli mana-mana produk Hasbro Frozen 2 pada bulan Disember dan menjadi pembeli utama pada bulan berkenaan akan berpeluang untuk memenangi satu daripada dua Frozen 2 Arendelle Castles yang terdapat di Malaysia bernilai RM1,900.

Selain itu, 30 pelanggan teratas Toys “R” Us yang membeli barangan Nickelodeon sebelum 31 Disember 2019 berpeluang untuk memenangi empat pas ke tayangan tertutup bersama-sama dengan bintang Nickelodeon kegemaran ramai pada bulan Februari 2020.

Bagi yang mahu membeli sambil beramal, mereka boleh menyumbang sebanyak RM2 kepada Tabung Pendidikan Budimas yang diuruskan oleh Yayasan Kebajikan Budimas bagi setiap hadiah mainan yag dibalut di kedai Toys “R” Us.

Terdapat pelbagai acara menarik yang diadakan oelh Toy R Us di kedai mereka yang terletak di sekitar lembah klang. Foto: Toys “R” Us

Selain itu, terdapat juga acara peragaan dan pameran mainan yang diadakan sehingga 31 Disember 2019 di beberapa kedai Toys “R” Us di sekitar lembah klang sempena musim cuti sekolah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

Bujur, Segitiga Atau Bulat? Ini Contoh Potongan Rambut Ideal Berdasarkan Bentuk Muka

Bentuk muka akan mempengaruhi gaya rambut atau pemakaian tudung seseorang.

Featured Thu, 18 Jul 2019

Nama hidangan dalam menu restoran ini kelakar sungguh!

Anda tengoklah sendiri. Kreatif, kan?

Featured Fri, 30 Dec 2022

Netizen ‘Serang’ Irfan Khairi Semasa Sesi Live, Tanya Mana Rumah Siti Nurhaliza Di Dubai

Jutawan internet, Irfan Khairi yang kini menetap di Dubai ‘diserang’ netizen semasa sesi live di TikTok kerana ingin mengetahui keberadaan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza. @cikumi77 #CapCut #dubai –#sitinurhaliza #ctdk #irfankhairi #worldwide @Siti Nurhaliza ♬ suara […]

Featured Thu, 14 Oct 2021

Ini Apa Yang Diperkatakan Siti Saleha Selepas Memfailkan Perceraian

Selepas mengesahkan dirinya memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon jelita, Siti Saleha dilihat masih tenang berhadapan dengan situasi yang terjadi. Menerusi laman Instagram, Saleha memuat naik foto bersama kapsyen ‘I’m good’ sekaligus memberi bayangan dirinya dalam […]

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Inilah Rupa Hotel Dash Box Cyberjaya Yang Tular, Memang Syiok Dan Mengujakan

Dash Box menyediakan pelbagai fasiliti dan suasana yang berbeza berbanding hotel lain.

Featured Fri, 5 Jun 2020
Gaya Hidup Fri, 11 May 2018

Ketahui Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air Yang Biasa Anda Beli

Jangan tahu beli sahaja, anda juga perlu tahu maksud di sebalik warna penutup botol air mineral ini.

Gaya Hidup Tue, 28 May 2019
Gaya Hidup Mon, 3 Jan 2022

“Ada Yang Tanya, Kenapa Bagi Telekung? Pakaian Biasa Pun Boleh Dibawa Solat…” – Usahawan Beri Sebab Sumbang Kelengkapan Solat Kepada Mangsa Banjir

Usahawan Datin Aliza Abu Bakar yang merupakan pengasas Munawwareen Holdings Sdn Bhd memberikan sebab mengapa dia menghulurkan bantuan telekung baharu kepada mangsa yang terjejas banjir. Melalui program Munawwareen Prihatin, Aliza memberikan sumbangan 250 pasang telekung […]

Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Stres Semut Kuasai Rumah? Cuba Cara Alami Ini, Selamat & Berkesan!

Stres juga dibuatnya kalau selalu kena spray guna penyembur serangga.