Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Gaya Hidup By: tex_admin November 18, 2019 @ 4:30pm

Undi Yes Malaysia untuk masyarakat lebih beretika

Etika adalah nilai yang sangat penting terutama bagi kehidupan bermasyarakat pada zaman ini. Tanpa etika yang betul, adalah mustahil untuk sesebuah masyarakat itu untuk maju dan berkembang dengan baik.

Pengamalan etika yang betul adalah sesuatu yang sangat penting dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran sesebuah masyarakat dan tentunya hal ini meliputi keseluruhan aspek kehidupan yang memmbabitkan pelbagai isu termasuk sosial, politik, sehinggalah ekonomi.

Sehubungan itu, Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) Malaysia mengajak seluruh golognan masyarakat untuk menunjukkan sokongan dan komitmen mereka terhadap prinsip etika kebangsaan menerusi kempen Yes Malaysia dengan mengundi di platform asas talian www.yesmalaysia.my.

ACCA berharap lebih ramai yang mengundi untuk kempen Yes Malaysia bagi meningkatkan kesedaran terhadap amalan beretika yang baik.

 

Ketua ACCA Malaysia, Edward Ling, berkata penganjuran kempen Yes Malaysia diadakan dengan tujuan untuk menekankan kepentingan pengamalan etika yang baik bukan sahaja dalam kalangan pelajar dan ahli badan berkenaan, tetapi juga masyarakat.

“Etika dan profesionalisme adalah nilai yang sekian lama menjadi tiang utama amalan kerja dalam bidang pengauditan, justeru pengalaman dalam menangani isu etika ketika berurusan dengan entiti perniagaan yang merangkumi aspek kewangan, etika, digital dan daya tahan syarikat memberi peluang kepada kami untuk membantu rakan dan pelajar kami untuk berjaya dalam bidang ini,

“Kami berharap kempen Yes Malaysia mampu untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat berkenaan betapa pentingnya untuk mereka membincangkan isu etika dan impak yang diberikannya kepada individu, entiti perniagaan dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Kempen YES Malaysia diharap dapat memupuk kesedaran terhadap pentingnya aaamalan etika yang positif. Gambar hiasan/Ihsan ACCA

Kempen Yes Malaysia yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2019 adalah sebahagian daripada inisiatif badan berkenaan dalam menyahut seruan kerajaan yang memberi penekanan pada etika kerja terbuka, bertanggungjawab dan berdaya saing.

Melalui kempen itu, ACCA menggunakan pendekatan mendidik dan dalam masa yang sama menggalakkan rakyat untuk bersama-sama mengundi bagi menjamin keberlangsungan penerapan nilai-nilai beretika pada masa hadapan.

Selain aktiviti dalam talian, kempen yang dianjurkan oleh badan profesional akauntan itu turut mengadakan beberapa pertandingan membabitkan pelajar dan juga ahli badan berkenaan.

Bagi yang berminat untuk menyertai menyertai kempen Yes Malaysia, sila mengunjungi laman sesawang www.yesmalaysia.my dan klik pada butang click to vote untuk mengundi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 13 Mar 2018

5 Cara Jaga Karpet Agar Bebas Daripada Hama

Karpet merupakan antara elemen pelengkap dekorasi bagi setiap rumah.

Featured Mon, 14 Oct 2019

Impikan perkahwinan di dalam jet peribadi? Dengan RM50,000 anda mampu melaksanakannya!

Pakej ini hanya boleh didapati menerusi perkhidmatan Efinair!

Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018
Gaya Hidup Sat, 26 Jan 2019

Krim pelindung matahari boleh membunuh terumbu karang, ketahui bagaimana anda boleh menyelamatkannya

Banyak terumbu karang di sekeliling dunia hampir musnah kerana hal ini

Featured Tue, 14 Aug 2018

Wow! Makan Kimchi Boleh Kuruskan Badan?

Kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi akan menjadikan anda berasa kenyang!

Featured Mon, 25 Feb 2019

Ikon fesyen berumur 97 tahun ini dilamar oleh agensi peragaan terbesar di dunia

Beliau kini seangkatan dengan Gigi Hadid, Kate Moss dan Kaia Gerber.

Featured Tue, 23 Oct 2018

Beradu Sambil Ditemani Haiwan Marin, Bilik Neelofa RM208,000 Satu Malam, Wow!

The Muraka memberikan pengalaman seolah beradu di dalam akuarium!

Gaya Hidup Fri, 13 Apr 2018

Inilah Sebab Penting Anda Perlu Turunkan Penutup Tandas Sebelum Mengepam, Gelinya!

Ada berita buruk untuk pengguna tandas awam. Awas! Berita ini mungkin membuatkan anda rasa loya.

Featured Mon, 20 Jan 2020

Panduan umrah untuk wanita, penting untuk diketahui

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Gaya Hidup Wed, 7 Nov 2018

| Live TV