Hiburan By: SGMS Faida September 21, 2019 @ 11:54am

Tiga Tahun Bercinta…Sufie Rashid Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan

Penyanyi Sufie Rashid akhirnya selamat bergelar suami kepada Nurulain dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Sufie atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid mengikat tali pertunangan dengan pengasas produk makanan Krispy Krunchee, Nurulain Md Yusof pada 15 December 2018, hampir setahun yang lalu.

Difahamkan, majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat sahaja yang diadakan secara sederhana atas permintaan keluarga pasangan tersebut. Majlis bermula pada jam 9.30 pagi tadi bertempat di Pulse Grande Hotel Putrajaya menyaksikan dulang hantaran sembilan berbalas tujuh serta cek hantaran perkahwinan berjumlah RM20,000.00 serta Mas kawin sebanyak SGD300.00 dan sebentuk cincin.

Sufie dinikahkan oleh bapa kepada pengantin perempuan itu sendiri dan dikendalikan  oleh juru nikah yaitu  Ustaz Haji Hasli Othman Pendaftar Nikah Putrajaya.

Sufie dan Ain berkenalan pada penghujung 2016 sebelum mereka mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang mereka.
 
Majlis resepsi akan berlangsung pada esok, 22 September 2019 di Glam Hall, Mustapha Kamal, Damansara Perdana.

Menurut Sufie, dia merasakan cukup bertuah apabila mengenali isterinya untuk menjadi peneman hidup.

“Saya bersyukur kerana saya dijodohkan dengan Ain. Ain merupakan isteri yang sangat memahami kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Dia tidak pernah menghalang untuk saya terus berkarya dalam industri seni”.

Tambahnya lagi, dia memohon agar peminat mendoakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Oct 2022
Featured Fri, 7 Jul 2023

Isteri Caprice Bengang, Dedah Wajah Individu Gelar P*l*c*r Vietnam – ” Kau Ni Binatang Ke? Standby Suami Kita Tengah Cari Awak”

Teruk eh orang sekarang suka hati je panggil orang yang dengan panggilan yang tidek-tidek🙄

Featured Wed, 2 Nov 2022
familuv Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Wed, 18 Dec 2019

谢承伟陈慧恬化身一日店长!1221「驻守」双威伟乐城大众书局

「微笑大使」Rickman谢承伟和Orange陈慧恬化身一日店长,来临周六「驻守」双威伟乐城大众书局,与大众们近距离互动玩游戏!

Featured Mon, 20 Mar 2023