Featured By: Maya Basir April 11, 2023 @ 3:32pm

10 Kali Jumpa Pakar Psikiatri, Hun Haqeem Dedah Pernah Alami Masalah Mental – “Kadang Kita Tak Boleh Bergantung Pada….”

Pelakon Hun Haqeem mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah kesihatan mental beberapa tahun lalu.

Memetik laporan Gempak, masalah peribadi dan kerjaya sebagai seorang pelakon merupakan antara faktor masalah mental yang dialami.

“Setiap orang akan mengalami masalah mental health ni, tak kira dia seorang selebriti ataupun tidak. Itu dugaan daripada Allah. Saya sendiri pernah berdepan masalah mental health.

“Banyak isu dan punca menyebabkan saya berdepan masalah mental health. Sepanjang tahun 2021 dan 2022 merupakan tahun yang mencabar untuk saya.

“Namun sedikit yang boleh saya beritahu, sebagai seorang pelakon, ia melibatkan beberapa perkara ketika di lokasi penggambaran seperti banyak gunakan tenaga.

“Campur pula dengan masalah peribadi, itu adalah antara faktor saya alami masalah mental,” ujarnya.

Menurut pelakon Kampung People ini, masalah yang dialami telah mengubah sikap dan dirinya menjadi seorang yang berbeza.

“Perasaan saya ketika itu kosong. Kalau nak bercakap dengan orang atau ahli keluarga macam memaksa. Perkara ini mungkin ada yang pandang remeh, untuk saya tidak, ia isu serius.

“Macam budak-budak kecil (anak buah) yang ada di rumah saya mungkin mereka harap saya pulang dapat bermain dengan mereka, namun sebaliknya.

“Sikap saya macam menakutkan mereka. Itu adalah tanda yang tidak baik, saya tak boleh reda sebab itu saya kena ubah.

“Bagaimana pun saya bersyukur kerana keluarga dan rakan baik adalah orang yang banyak beri sokongan untuk saya. Banyak orang di sekeliling yang tolong saya ketika itu,” jelasnya.

Mengulas lebih lanjut, Hun telah mendapatkan rawatan dan berjumpa dengan pakar psikiatri sehingga benar-benar pulih.

“Masalah mental ini kadang kita tidak boleh bergantung kepada agama sahaja, ada masa mental kita perlu pertolongan dengan berinteraksi dan dapatkan bantuan manusia juga, sekiranya berlaku lagi, saya perlu bangkit dan lawan.

“Saya berjumpa dan minta tolong juga dengan pakar psikiatri. Sebanyak 10 kali perjumpaan saya dengan pakar tersebut.

“Ia mengambil masa lebih setahun juga untuk saya pulih. Alhamdulillah sekarang saya bersyukur sangat semuanya kembali baik,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Oct 2019
LIFESTYLE Sat, 24 Mar 2018

Kenapa Wanita Berbadan Besar Lebih ‘Berbaloi’ Dijadikan Isteri

Menurut kajian tersebut, lelaki yang berkahwin dengan wanita gemuk akan lebih banyak tersenyum dan lebih rasional ketika menghadapi sebarang masalah berbanding dengan lelaki yang berkahwin dengan wanita kurus.

Events Tue, 30 Oct 2018
Featured Thu, 10 Nov 2022

Tarbiah Anak Muda Tak Keluar Mengundi, Ini Pesanan Ustazah Asma’ Harun

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mengulas berkenaan generasi muda kini tidak mahu keluar untuk mengundi. @izzatramlii #ustazahasmaharun #pru15 #fyp #dakwah_islam #mengundi #foryou ♬ Orange 7 – Anime Quotes Menerusi video berdurasi seminit yang dikongsikan oleh […]

Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Ella Masih Memukau, Bukti Konsert Ella Unplagged In Kuala Lumpur Dapat Standing Ovation

Standing Ovation buat Ella dan semua krew terlibat dalam menjayakan Konsert Ella Unplugged!

Hiburan Thu, 24 Oct 2019

Sweet Qismina Tampil Kelainan Apa Tu?

Sekali sekala tampil dengan imej yang berbeza apa salahnya kan?