Featured By: Aqilah Paharuzi May 11, 2022 @ 4:19pm

10 Kronologi Kejadian Kes Remaja 16 Tahun Maut Semasa Merentas Desa

Acara merentas desa merupakan salah satu acara wajib tahunan yang dijalankan di sekolah rendah dan menengah.

Kebiasaannya, acara sukan ini sering diadakan pada awal atau pertengahan tahun di mana seluruh pelajar dikehendaki untuk berlari dan dipercayai merupakan sukan yang paling dinantikan oleh para pelajar.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pelajar Tingkatan empat dari sekolah Marang, Terengganu meninggal dunia selepas menjalani latihan penyesuaian trek merentas desa.

Mangsa dikenali sebagai Aman Basi Muhd Rohaizi, 16, dibawa ke Klinik Pengkalan Berangan telah disahkan meninggal dunia oleh doktor bertugas.

Berikut merupakan 10 kronologi kejadian berkenaan:

1 Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata mangsa sedang menjalanni penyesuaian trek pada awal jam 8.34 pagi sebelum disedari pengsan oleh guru bertugas.

2. Mangsa telah diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) di lokasi kejadian.

3. Selepas beberapa minit, mangsa dikatakan mengalami masalah pernafasan dengan bernafas secara perlahan sebelum dikejarkan ke klinik berdekatan.

4.Guru bersama rakan setugas di tempat kejadian membawa mangsa ke Klinik Pengkalan Berangan untuk menerima rawatan.

5. Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.05 pagi oleh leh doktor bertugas.

6. Hasil siasatan polis mendapati pelajar berkenaan tersadung kaki secara tiba-tiba ketika latihan menyebabkannya terjatuh.

7. Pemeriksaan fizikal menemui luka pada bahagian atas kening sebelah kanan, calar pada bawah dagu sebelah kiri dan calar di belakang tangan sebelah kiri dipercayai berlaku semasa mangsa terjatuh.

8. Tiada unsur jenayah yang berlaku ke atas mangsa dan hasil pemeriksaan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

9.Bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian dan enggan ‘post-mortem’ dijalankan ke atas mangsa. Bapanya telah berpuas hati dengan sebab kematian.

10.Bapa mangsa juga menyatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan sekiranya terjadi perkara berbangkit di kemudian hari.

Sumber: Sinarplus

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

Doakan AR Badul…

Semoga cepat sembuh idola ramai…

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Syeriv Semangat Main Bola Dengan Safawi Rasid – “Untunglah Ada Uncle Kapten Malaysia…”

Umum mengetahui, pelakon Syifa Melvin mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak terkenal, Safawi Rasid tahun lalu dan kehadirannya itu telah diterima baik oleh keluarga ‘The Melvins’. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik […]

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Guess Who are The Most Listened-to KPOP Artists in 2018

Can you guess who’s got the No.1 Spot?

Featured Mon, 21 Nov 2022

“Bila Dia Puji Masakan Hari Saya Sangat Indah, Tak Perlu Benda Lain” – Puteri Sarah

Alahaii, sebaknya 🥺 Suami bila puji masakan kita memang auto ke bulan kan 🤩

Sihat Wed, 26 Sep 2018

Sinonim Dengan Panggilan Bunga Kubur, Melur Banyak Khasiatnya

Bunga melur dapat atasi masalah jeragat dan pigmentasi.

Hiburan Thu, 18 Jul 2019