11 Tahun Perkahwinan, Awal Ashaari Akui Terpalit Ujian Rumah Tangga -“Ada Aib Yang Tuhan Jaga…”

Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengaku turut terpalit dengan ujian rumah tangga sepanjang tempoh 11 tahun perkahwinan.

Menurut Awal, sudah lumrah pasangan suami isteri berdepan masalah dan ujian dalam perkahwinan, namun bezanya adalah cara untuk mengawal dan mencari jalan penyelesaian.

“Bagi saya, setiap pasangan ada ujian masing-masing. Mungkin ini masa mereka, kami belum tentu. Saya dan Scha juga tidak selalu berbunga-bunga. Ada ujian dan aib yang Tuhan jaga,” katanya.

Pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, dan isteri Scha Al-Yahya, 39, turut berkongsi, mereka akan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk berkomunikasi agar pergaduahn yang berlaku tidak berlarutan.

Malah, Awal berharap agar rakan selebriti yang terpalit dengan isu rumah tangga terus kuat dan percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Jawapan kami klise, pasangan mana yang tidak ada ujian, tidak bergaduh. Mungkin cara kami selesaikan masalah berbeza. Setiap dari kita ada cara masing-masing.

“Tapi, bila lihat ujian yang kawan selebriti perlu tempuh, saya doakan mereka kuat. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kami Sudah Capai Sepakat! Tiada Pergaduhan” – Puteri Sarah Dedah Syamsul Mulakan Perbincangan Secara Aman

ARTIKEL BERKAITAN:“Berkat Ramadan & Solat Tahajud, Segalanya Dipermudahkan” – Puteri Sarah Bakal Sambut Syawal Dengan Lebih Tenang

ARTIKEL BERKAITAN:Puteri Sarah Bersyukur Syamsul Yusof Setuju Mahu Lafaz Cerai – “Kita Sudah Boleh Terus Move On, Tak Perlu Pening-Pening”

ARTIKEL BERKAITAN:“Hadanah, Nafkah Anak, Nusyuz… Tunggu Minggu Hadapan” – Peguam Syamsul Yusof

ARTIKEL BERKAITAN:Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

Dalam pada itu, Awal berharap agar netizen di luar sana tidak menjadi ‘hakim’ sehingga sanggup mengeluarkan komen menyakitkan hati kepada rakan selebriti yang berdepan masalah rumah tangga, apatah lagi mereka pastinya sangat rapuh dan berperang dengan emosi sendiri.

“Doakan yang terbaik untuk mereka. Tak perlu kita mengeruhkan keadaan. Kita sangat mudah terpengaruh bila emosi sedang berkecamuk,” ujarnya.

Untuk rekod, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata perempuan iaitu, Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2.

 

Sumber: Utusan

Salma Syahbuddin