Hiburan By: SGMS Faida April 23, 2019 @ 7:05pm

15 Tahun Ke Udara, Ketuk-Ketuk Ramadan Bakal Tamat Bersiaran

Pengarah Bahagian Program TV RTM, Norliza Mohd Ali, mahu program masakan popular di TV1, Ketuk-Ketuk Ramadan diteruskan walaupun penerbitnya, JS Pictures akan menamatkannya selepas 15 tahun bersiaran pada Ramadan ini.

“RTM tiada hasrat untuk menggugurkan program itu buat masa ini, mungkin penerbitnya ada idea lain?

“Lagi pun kalau program bagus, kenapa perlu ditamatkan? Kami akui program itu satu jenama yang sinonim dengan Sheila Rusly, kalau diubah tidak akan jadi sama,”
ujar Norliza.

Berkata pada sidang media Program Khas Ramadan 2019 ‘Sucinya Ramadan’ di Angkasapuri, Norliza percaya sesebuah program di RTM semestinya mengambil masa lama untuk kekal mempunyai peminat sendiri.

Sebelum ini, penerbit JS Picture, Azman Yahya atau Jinggo mendedahkan tidak mahu menyambung musim baru program itu pada masa depan.

Malah pengacara program itu yang juga isteri Jinggo, Sheila Rusly berpendapat program itu sudah terlalu lama bersiaran dan sudah tiba masanya untuk melabuhkan tirai.

Ketuk-Ketuk Ramadan bersiaran pada setiap hari pada bulan Ramadan jam 12.30 tengahari di TV1.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 4 Aug 2018

Drama Atau Filem, Mira Filzah Tak Kisah!

Filem Rise: Ini Kalilah bakal ditayangkan pada Hari Malaysia bulan depan, membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Mira Filzah, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Jenn Chia dan Shashi Tharan.

Featured Thu, 24 Nov 2022
Featured Wed, 10 Jan 2024

“Drama Lain I Tak Nak Tahu, Nak Kutuk Belakang Pun I Don’t Care!” – Puteri Sarah Minta ‘Penipu’ Pulangkan RM26,000

Alahai, main curi duit ni yang tak best! Bahagia kat dunia je, kat akhirat nanti merangkak💥💥💥

Events Mon, 9 Jul 2018

Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis 4 Ogos

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 21 Julai manakala tempoh berkempen bagi PRK ini selama 14 hari. Jangan lupa turun mengundi ok? Berita lanjut menyusul di Buletin Utama jam 8 malam ini.

Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Terima Kasih, Abang Nam Ron!

Saya akui sebagai pelakon baharu, agak susah untuk menjiwai sesebuah watak.