15 Tahun Menghilang, Waheeda Wassini Bakal Buat ‘Comeback’

Penyanyi yang popular menerusi lagu Wassini sekitar tahun 2003 iaitu, Waheeda bakal membuat kemunculan semula selepas 15 tahun menyepi dalam industri seni.

Memetik laporan mStar, Waheeda atau nama penuhnya, Norwahidah Abdul Wahab, 45, dia kini sedang merangka beberapa projek termasuklah bakal tampil dengan lagu terbaharunya.

Selain itu, Waheeda memaklumkan dia bakal menghasilkan lagu dimana ia turut menampilkan kerjasama dengan beebrapa penyanyi terbaik di Malaysia.

“Saya kini sedang berbincang untuk berkolaborasi dengan beberapa penyanyi yang berada dalam carta dan peminat boleh mendengarkan lagu itu pada tahun depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Waheeda yang juga isteri kepada penyanyi dan pendakwah bebas, Ustaz Akhil Hayy berkongsi sepanjang ‘menyepi’ dalam industri seni, dia banyak menghabiskan masa belajar pelbagai alat muzik termasuklah biola dan piano.

“Ini adalah instrumen yang sentiasa menjadi penyeri dalam lagu yang disulam dengan rentak dan bunyi moden,” jelasnya.

Terdahulu, Waheeda pernah menepis dakwaan bahawa suaminya antara yang menjadi punca dia tidak lagi aktif dalam industri seni.

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Punca Lebih 10 Tahun Menyepi Dari Industri Muzik? Ini Jawapan Waheeda & Ustaz Akhil Hayy

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin