Hiburan By: Padin November 19, 2021 @ 6:54pm

2 Kali Lafaz, Haqiem Rusli Kini Bergelar Suami… Netizen Terpesona Lihat Kecantikan Isteri – “Umur 19 Tahun, Comelnya”

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular, Haqiem Rusli, 23, sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19.

Merpati dua sejoli ini selamat bernikah di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira kira jam 3.40 petang.

Menjalinkan cinta sejak dua tahun lalu, pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan sambil disaksikan bapa pengantin perempuan, Wan Zamzuri Wan Muhammad.

“Saat yang saya tunggu selama ini untuk menghalalkan hubungan kami akhirnya menjadi nyata.

“Selepas mengumumkan berita nak menamatkan zaman bujang beberapa bulan lalu, saya bersyukur kerana keluarga dan peminat, Qiemilio memberikan sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya.

Dalam majlis serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Haqiem menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 selain wang hantaran bernilai RM100,000.

Bersyukur segalanya dipermudahkan, Haqiem berharap perjalanan mereka membina keluarga mendapat keberkatan.

“Alhamdulillah, saya gembira semuanya berjalan lancar dan kini saya sudah sah bergelar suami.

“Saya berharap perjalanan kami sebagai suami isteri dirahmati Allah dan saya akan menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Sofea merupakan rakan kongsi Haqiem dalam menjalankan perniagaan restoran Santhai Village di Setapak dan sempena hari bahagia mereka, penyanyi ini melancarkan lagu Hitam Saksi Putih istimewa untuk isterinya.

Menerusi komen netizen di laman sosial Twitter, kejelitaan isteri Haqiem mencuri perhatian ramai.

Warganet juga mengambil peluang untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada Haqiem.

Kredit foto: Aqo Imran

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Mar 2020
Hiburan Sun, 8 Sep 2019

Setahun Lebih ‘Cuti’, Mawar Rashid Siap Sedia Untuk…

Terdahulu, Mawar pernah membintangi drama antaranya Kalis Kasih, Raisha 2, Aurora Aisyah dan banyak lagi. 

Hiburan Wed, 25 Sep 2019
Hiburan Thu, 12 Dec 2019

‘Tiada Rezeki Kali Ini’- Syafiq Kyle

Kata Syafiq, “Jika benar ada sambungan, saya harap biarlah jalan ceritanya lebih menarik”

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Tunjuk 6 Pax ke 1 Pax?” – Selamba Tiru Aksi Abang Bomba! Gelagat Johan Cuit Hati Netizen

Bukan main eh Johan membahan 🤣 Agak-agak korang lulus tak Johan kalau jadi abang bomba? 😅

| Live TV