Acara By: Padin December 20, 2021 @ 4:22pm

2 Karakter Wanita Jadi Fokus Teater ‘Night, Mother’

Memberikan fokus terhadap lakonan dua pelakon wanita, produksi PH7 bakal menerbitkan sebuah teater bertajuk ‘Night, Mother’ karya Marsha Norman yang akan berlangsung bermula 6 sehingga 16 Januari 2022 di PJPac di 1 Utama, Petaling Jaya.

Dibintangi oleh Sukania Venugopal dan Anitha Ab Hamid, teater yang bakal berlangsung tersebut memaparkan skenario perihal kisah dalam satu petang di ruang tamu dan dapur rumah terpencil yang dikongsi oleh Jessie dan ibunya yang sudah tua bernama Thelma.

Jessie, seorang pengidap epilepsi yang menganggur dan mengalami masalah perkahwinan serta mempunyai seorang anak lelaki yang sangat bermasalah.

Dia telah mengatur rumah itu dengan teliti dan membuat persiapan terperinci untuk hari-hari mendatang sambil menerangkan perubahan kepada Thelma, yang tidak serta-merta menyedari sesuatu yang luar biasa terhadap kelakuan anaknya.

Akhirnya, Jessie bertanya di mana pistol arwah bapanya disimpan dan Thelma memberitahunya. Hanya selepas Jessie mengambil pistol, Thelma mempersoalkan tingkah laku aneh Jessie.

Teater Night, Mother menandakan penampilan sulung Pat Gui sebagai pengarah selepas berada dalam industri teater selama 30 tahun dan pakar dalam pengurusan pentas produksi.

Selepas bertahun-tahun, Pat Gui merasakan sudah tiba masanya untuk menukar angin seketika dan melihat bagaimana rasanya berada di kerusi pengarah.

Naskhah ini dipilih kerana karya yang sangat kuat yang dan berpusat pada dua watak dalam karya tersebut.

Tumpuan diberikan khususnya kepada dua karakter wanita ini dan bukannya pada kesan khas, set mewah mahu pun busana. Ia akan menjadi perjalanan roller coaster yang penuh emosi dan kembali kepada asas membuat teater.

Walaupun drama ini menyentuh isu kesihatan mental, namun itu bukanlah subjek utama yang ditonjolkan dalam teater yang akan berlangsung selama 11 hari ini.

Pelakon Sukania Venugopal telah bekerja di Malaysia dan Singapura untuk projek teater, TV dan filem, termasuk Talentime bersama Allahyarham Yasmin Ahmad.

Beliau membuat persembahan dan menjadi pengarah bersama drama tarian dengan The Temple of Fine Arts, bekerja dalam teater dan muzikal kanak-kanak, dan merupakan penghibur perintis dengan The Instant Cafe Theatre.

Pada 2019, Sukania menjadi sebahagian daripada produksi penerbitan teater Australia, Counting and Cracking di Sydney dan Festival Seni Adelaide Beliau memenangi Best Supporting Role melalui lakonannnya dalam naskhah Ghost Writer oleh The Necessary Stage di The Straits Times Life Theater Awards, dan Best Supporting Role untuk Language Archieve dalam Anugerah Boh-Cameronian.

Anitha Abd Hamid pula mempunyai pengalaman dalam radio, televisyen, filem pendek dan indipenden dan sudah tentu dalam bidang teater. Beliau terlibat dalam produksi teater seperti ‘Scorpion Orchid’, ‘The Killing of Sister George’, ‘Ang Tau Mui’, ‘When They Dance 3’, ‘Silence, Please’, ‘Cinta Sang Arnab’, ‘Project Watermelon’ , ‘Love Journey’, ‘Bare Becket’ dan ‘The Language Archive.

Tiket untuk teater itu kini dijual di www.onetix.com.my pada harga RM95 (tidak termasuk yuran tiket).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jul 2019

‘Kenapa Menangis Depan Saya?’- Naz Rahman Terkejut Didatangi Individu Tak Dikenali

Benar kata orang, kita akan dapat tahu segala kebaikan seseorang setelah dia meninggal dunia.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Ong Seong Wu’s First Fan Meeting in Malaysia Saw Over 4,000 Attendees

It was a fun evening for the fans and even for Ong Seong Wu himself.

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Tue, 19 Mar 2019
Featured Fri, 4 Aug 2023

Cantiknya! Sambut Bachelorette Party, Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Mimi Lana

Wah, tak sabarnya nak tengok pengantin nanti💖💖💖

Hiburan Wed, 18 Apr 2018

《娱协30》新人10强造势活动「李佩玲確定加盟」

原定缺席的李佩玲排开行程,确定加盟出席将于4月29日(星期日)下午3时,在金河广场大厅举办的《娱协30》新人10强造势活动!