2 Minggu Mata Merah Sampai Keluar Urat, Amira Othman Hampir Kena Ulser Mata – “Kalau Memain Boleh Jadi Buta…”

Penyanyi Amira Othman berkongsi tentang keadaan matanya yang sering menggunakan kanta mata disebabkan masalah rabun.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Amira terpaksa berhenti memakai kanta mata untuk dua bulan kerana kekurangan oksigen yang boleh menyebabkan mata buta jika tidak dirawat.

“Pergi eye specialist tadi. Doctor cakap kena stop pakai lens at least sebulan or 2 months sebab mata dah lack of oxygen. Mata radang, kalau tak treat boleh jadi ulcer.

“Kalau memain tak jaga boleh jadi blind ya rakan-rakan. Usahlah memain dengan mata anda. Nasib baik lah pergi pakar kan. Kalau tak pergi apa jadi lah ek. Seram,” ujarnya.

Sementara itu, dia memberi penjelasan punca dimana dia mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pakar mata selepas hampir dua minggu mengalami masalah mata merah.

“Kalau korang memakai lens macam saya, perlu risau. Kalau tak pakai, tak perlu risau. Sakit mata ni dah almost two weeks, mata merah dan ada urat yang sangat merah yang tak baik-baik.

“Saya dah buang contact lens saya, beli yang baru pun bila pakai masih lagi merah dan gatal. Kadang-kadang bila kena cahaya, mata berair. Itu antara simptom yang buat saya pergi check up,” jelasnya.

Maya Basir