‘2019, Please Be Nice To Me’ Elyana Mohon Kekuatan Sempena Tahun Baru

” Kepada musuhku kanser, pleaseeee be nice to me… Dah tahun 2019 dah, tak bosan ke lapan tahun duduk dalam badan saya?,” tulis penyanyi Elyana di Instagramnya, hari ini.

Penyanyi berusia 31 tahun ini yang menghidap kanser Limfoma ini meluahkan agar 2019 bakal membawa kejutan dalam dirinya.

“ Kepada diri ku, Erneelya Elyana Emrizal… Tetaplah menjadi dirimu… Tetaplah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental.

” Please untuk tahun 2019 ni, jangan cepat putus asa sebab saya tahu awak kuat Nana! Semoga menjadi manusia lebih baik.

” Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberiku peluang untuk melangkah ke tahun 2019. Semoga aku menjadi hambaMu yang lebih baik Ya Allah… Terima kasih korang semua untuk tahun 2018,” katanya.

Sementara itu, pelantun lagu Niat ini turut berterima-kasih kerana 2018 banyak meninggalkan kenangan-kenangan indah.

Dalam pada itu, Elyana menerusi status sama turut mengingatkan dirinya agar menjadi insan yang kuat fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran hidup termasuk penyakit dihadapinya.

Kata Elyana, dia tidak akan mudah berputus asa kerana tahu dirinya kuat selain mendoakan dirinya menjadi insan lebih baik di sisi Allah.

 

Tahun 2018 juga menyaksikan Elyana terkesan apabila menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas segelintir netizen mengkritiknya berhubung penyakit kanser dialaminya.

Ketika itu, kanser Elyana mendedahkan barah limfoma dihadapinya dikesan merebak di sekitar saraf tunjangnya dan boleh mengakibatkan lumpuh.

Elyana perlu menjalani rawatan radioterapi atau terapi sinaran iaitu kaedah perubatan untuk merawat dan mengawal sel-sel barah sebanyak 10 kali rawatan.

SGMS Faida