Hiburan By: Del14 January 5, 2020 @ 3:13pm

26 Jam Untuk Hasilkan Video Muzik ‘Hello’

Penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Andi Bernadee mengakui berdepan pelbagai cabaran bagi merealisasikan impian untuk menghasilkan single terbaru berjudul Hello bersama dengan Ismail Izzani. 

Salah satu cabarannya adalah penggambaran video muzik single tersebut yang memakan masa lebih 26 jam untuk dihasilkan. 

Walaupun penggambarannya memakan masa yang panjang, Andi berkata secara keseluruhan, dia amat berpuas hati dengan hasil video muzik tersebut. 

“Kami sebenarnya sudah lama merancang untuk merakamkan single bersama-sama.  Rasanya, sejak Ramadan tahun lalu lagi kami berbincang mengenai perancangan itu. 

“Akhirnya, masing-masing berjaya mencuri sedikit waktu untuk memasuki studio merakamkan lagu ini.  Rakaman juga terpaksa dilakukan secara berasingan kerana kesibukan kami dengan pelbagai aktiviti seni.

“Bagi menghasil video muziknya pula, kami sekali lagi berdepan cabaran apabila ia memakan masa sehingga 18 jam pada hari pertama penggambaran.  Keesokannya, ia disambung lagi selama kira-kira lapan jam,” kata penyanyi yang popular dengan lagu Donde ini kepada BH Online.  

Hello ciptaan Ismail Izzani, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga menampilkan kelainan apabila menyajikan video muzik berbeza bagi saluran YouTube Warner Music Malaysia, yang menaungi Andi, dan World Peace Entertainment bagi Ismail Izzani. 

Oh, dua video muzik berbeza…sebab itulah penggambaran mengambil masa yang lama? 

Kredit Foto: Instagram @andibernadee

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Feb 2023
Featured Wed, 9 Nov 2022

“Saya Yakin Dengan Pilihan Saya” – Abby Abadi Turun Berkempen

Bagus abby abadi didik anak-anak tentang politik

Hiburan Sun, 21 Jan 2024
Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020
Hiburan Fri, 23 Jun 2023
Hiburan Thu, 19 Jul 2018

#tontonRAISHA2 : Fadlan Hazim Dedah Watak Pengarah Playboy Memang Benar Wujud

Watak Rashdan dalam drama Raisha 2 sebenarnya benar-benar wujud di luar sana. Kata pelakon berusia 26 tahun ini, dia pernah mengenali seorang pengarah yang ‘miang’ orangnya. Dengarnya, suka ‘menghimpit’ pelakon-pelakon wanita berdahi licin. Siapa agaknya orang itu ya? hehe