3.6 Juta Penonton Da’i Musim Keenam

Alhamdulillah…Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 terus kukuh sebagai program realiti No.1 Malaysia, apabila berjaya meraih rating terkumpul sebanyak 10 juta penonton selama 11 minggu bersiaran!

3.6 juta penonton telah menyaksikan Muhammad Adam Muhibullah Abdullah atau Da’i Adam mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi peserta muallaf pertama yang diangkat sebagai juara pada episod akhir yang bersiaran hari Jumaat lepas. (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Selain hadiah utama iaitu wang tunai RM60, 000 daripada TV3, dua tiket umrah tajaan Almas Beauty & Health dan sebuah trofi,

Adam turut membolot hadiah wang tunai RM2, 000 dan produk Almas bernilai RM 2,000 apabila menjadi pilihan penaja utama bagi kategori Da’i Pilihan Almas.

Adam telah menewaskan dua lagi finalis iaitu Imran Mohd Zaki (Da’i Imran) di tempat kedua, Haziq Safwan Norazman (Da’i Haziq) di tempat ketiga.

Di tempat kedua, Da’i Imran menerima hadiah wang tunai RM15, 000, tiket umrah untuk seorang berserta trofi.

Terima kasih atas sokongan anda. Jangan lupa saksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 31 pada 7 Oktober ini di TV3!

SGMS Faida