3 Hari Ameena Tak Boleh Buka Mata, Shakilla Khoriri Bimbang Sampai Tak Boleh Tidur Lena – “Setiap Setengah Jam Dia Cakap…”

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa bimbang apabila anak gadisnya iaitu Ameena Sofia tidak boleh membuka matanya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia tidak dapat tidur dengan lena memikirkan keadaan anaknya itu.

Menurutnya, perkara tersebut sudah berlarutan selama tiga hari dan setiap setengah jam harus periksa mata Ameena.

“Bersyukur rasanya bila setiap kali Ameena diuji dengan sakit yang teruk, aku ada dengan dia. Depan mata pun aku rasa susah hati apa lagi hilang dari pandangan.

“Macam ni lah aku selama 3 hari setiap setengah jam bila dia cakap tak boleh buka mata. Rasa pedih dan sebagainya,” jelasnya.

Pada masa sama, dia juga tidak sedar waktu yang berlalu kerana terlalu risau namun percaya bahawa ada hikmah disebalik ujian itu.

“Aku pun tak tengok jam. Cuma tahu terang atau gelap je kejadian dekat luar rumah. Tidur tak lena fikir keadaan Ameena macam ni.

“Semoga Ameena baik-baik je dan ada sebab Allah jadikan semua ni,” ujarnya.

Maya Basir