Featured By: Atiqah Johari May 11, 2022 @ 6:43pm

“360 Dia Ubah Saya…” – Rosnah Mat Aris Bahagia Kahwin Lelaki Muda

Pelakon veteran Rosnah Mat Aris akui bahagia dengan rumahtangga yang dibinanya bersama suami, Tajul Efendie Isa. Hampir 14 tahun mereka telah melayari bahtera perkahwinan bersama tanpa ada perbalahan besar yang berlaku.

Meskipun berbeza usia 26 tahun, Rosnah menegaskan yang dia tetap menghormati suaminya itu sebagai ketua keluarga.

 

“Alhamdulillah Kak Ros dengan dia dah 14 tahun kahwin. Kami happy, nak kata bergaduh besar-besar tak ada.

“Allah tu bagi memang hadiah untuk kita lah. Aku tak cari lah, aku pun tak terfikir nak kahwin dengan dia pun.” katanya kepada mStar

Rosnah atau lebih mesra disapa Kak Ros, memberitahu dia adakalanya terfikir sama ada suaminya itu muda atau tua kerana suaminya mempunyai sikap yang sangat matang.

“Saya kadang-kadang terfikir saya kahwin dengan orang muda ke atau orang tua sebab cara dia berfikir dan layan saya macam dah berusia, matang.

“Diri dia tu berbeza dengan anak-anak muda yang lain. Matured sangat lah.” ujarnya

Kongsi Kak Ros lagi, suaminya juga telah berjaya mengubah dirinya daripada seorang yang kasar menjadi lebih sopan dan lemah-lembut.

“Dia yang manjakan kita jadi kita yang kasar ini boleh jadi lembut. Cara dia tu yang mengubah saya, 360 dia ubah saya.

“Jadi dia yang mengubah saya jadi lebih bersopan, berbudi bahasa… orang kata lembut lah.” ulasnya kepada wartawan mStar.

Bersyukur dengan rumah tangganya yang bertahan sehingga ke hari ini, Kak Ros juga berkongsi bahawa dia dan suaminya berpegang kepada tiga kunci utama iaitu jujur, ikhlas dan amanah.

Terdahulu, Rosnah Mat Aris atau nama sebenarnya Rosnah Mohd Aris, 67 telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 13 November 2008 di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

#Mentor7: Garang? Mestilah Ada Sebab…

Mentor bakal ke udara setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Permarkahan adaah berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

Events Mon, 19 Nov 2018

Check out These Music Events Happening in December All Around Malaysia

It’ll be a fun way to end 2018 with live music, some drinks and lots of friends.

Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

《SINCE 5566》马来西亚演唱会延期至2020年

原定于2019年12月28日举行的《 Since 5566 2019 马来西亚演唱会》由于后勤技术不可预见的因素,将延期至2020年6月13日。

Hiburan Mon, 2 Dec 2019

许冠杰宝刀未老魅力不减!全场歌迷嗨唱变大型KTV

71岁的「爷爷级歌神」阿Sam许冠杰相隔一年再度来马开唱!歌迷表现热情,现场犹如大型K房,场面High爆!

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Azlan Typewriter Optimis Bawa Produk Minuman Ke Peringkat Antarabangsa

Terbukti power minuman ni, Good Luck untuk Lan & pasukan Turbo 3!