Hiburan By: Del14 November 11, 2019 @ 6:08pm

4.8 Juta Penonton dan 700,000 Tontonan Digital Bagi Anugerah Skrin 2019!

Masih belum reda kehangatan Anugerah Skrin 2019 (ASK 2019) yang menyaksikan kemenangan besar drama “​Di Sisi’ ​dan filem ‘​One Two Jaga’ diangkat sebagai karya terbaik. Terima kasih kepada ​4.8 juta penonton ​dan ​700,000 tontonan digital ​yang mengikuti siaran langsung ASK 2019 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 1 November lalu di TV3 dan juga laman sesawang ​www.tonton.com.my . (Sumber: Nielsen Audience Measurement, Youtube, Dailymotion & Media Prima Digital).

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, ​“Bagi pihak penganjur, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan penyiar, para penggiat seni dan rakan penaja yang mengambil bahagian dalam ASK 2019. Anugerah Skrin menyediakan platform kepada syarikat penerbitan menerusi stesen televisyen bagi memperlihatkan hasil dan produk mereka. Tahniah kepada para pemenang ASK 2019! Kami berharap agar kemenangan ini menggalakkan para penggiat seni untuk berusaha dan terus berkarya agar hasil kerja mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan.”

Anugerah Skrin, anugerah berprestij anjuran TV3 bertujuan mengangkat karya terbaik dalam terbitan TV dan filem. Masih kekal dengan objektif penganjurannya sejak tahun 1994, ASK 2019 meneruskan usaha untuk memartabatkan industri seni dengan memberi pengiktirafan kepada para karyawan dan penggiat seni tanah air. Selain ​TV3, ntv7, TV9 ​dan ​8TV yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 selaku penganjur turut mengundang dan membuka ruang kepada rakan penyiar lain seperti ​RTM ​dan ​BERNAMA ​untuk menyertai ASK 2019 ini.

Anugerah Skrin 2019 diserikan dengan ​Nivea ​sebagai ​penaja bersama​, mekarkan keyakinan dengan wangian floral bersama Mandian Creme Oil Pearls dan Deodoran Nivea Hokkaido Rose. Turut disokong oleh ​Hot FM & Kool FM ​sebagai ​radio rasmi​, manakala ​tonton, xtra, Oh Bulan! ​dan ​Drama Sangat​ sebagai ​rakan digital​.

ASK 2019 mempertaruhkan 30 kategori yang merangkumi ​14 kategori drama​, 7 kategori filem, ​9 kategori bukan drama dan teknikal​. ASK 2019 meraikan kemenangan besar drama ​Di Sisi ​yang menggondol 5 anugerah iaitu ​Drama Terbaik ​(Unit Drama TV, Radio Televisyen Malaysia), ​Pengarah Terbaik Drama ​(Wan Afzam Wan Daud), ​Lakon TV Terbaik ​(Amin Masyur), ​Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Ruzaidi Rahman) dan ​Penyunting Drama Terbaik ​(Izar Masuri).

Bagi kategori filem, ​One Two Jaga berjaya meraih 4 anugerah iaitu ​Filem Terbaik ​(Pixel Play Entertainment), ​Lakon Layar Terbaik ​(Pitt Hanif, Namron & Mohd Syafiq), ​Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Dr. Rosdeen Suboh) dan ​Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem (Zahiril Adzim).

Baca: Ini Senarai Penuh Pemenang #ASK2019 Yang Patut Korang Tengok!

ASK 2019 menampilkan 6 pasangan selebriti popular dan sensasi sebagai penyampai anugerah untuk mengacarakan majlis anugerah iaitu ​Zizan Razak & Nabila Huda, Rozita Che Wan & Zain Saidin, Siti Sarah & Shuib, Shaheizy Sam & Syatila Melvin, Eira Syazira & Azad Jasmin, ​dan ​Elly Mazlein & Shuk Sahar​.

Malam anugerah dimeriahkan dengan persembahan nyanyian mantap oleh pasangan duo iaitu ​Dato’ Jamal Abdillah & Sissy Imann, Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini & Dayang Nurfaizah, Ayda Jebat & Santesh, pertunjukan silap mata yang memukau oleh ​The MADgicians, ​tarian yang energetik oleh ​2Twenty2 Squad, sketsa komedi oleh ​Ebby Yus, Issey & Zizi Kirana, ​persembahan hebat daripada Andi Bernadee & Psycusix dan juga ​10 protege Mentor Milenia 2019​.

Karpet Merah ASK 2019 ​telah dikemudikan oleh ​Sean LJE dan ​Nina Nadira ​bersiaran secara langsung menerusi ​TV9 ​dari ​pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam ​dan laman sesawang ​www.tonton.com.my pada malam anugerah.

Ikuti ​berita lanjut dan kisah di sebalik tabir tentang ASK 2019​ di ​www.xtra.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

#KitaPunya 爱国运动 「阿牛」陈庆祥代言人之一

配合即将到来的第61届国庆日,首要媒体集团从8月1日起展开主题为“KitaPunya”的爱国运动,并举办系列活动让全民参与,将爱国情怀洋溢整个马来西亚!

Featured Sun, 21 Aug 2022
Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Abby Abadi Hamil?

Kalau betul seperti apa yang dikata, Alhamdulillah…

Featured Fri, 23 Sep 2022
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Rakan Dedah Perubahan ‘Pelik’ Mel B Selepas Cerai

engambilan arak untuk melupakan masalah mungkin difikirkan mampu melupakan masalah, tetapi Mel B perlu tahu rakan-rakannya cukup risau dengan keadaan wanita itu.

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Faizal Tahir Angkat ‘Ratu’ berada pada kelas tersendiri

“Ratu”  merupakan balada pertama Faizal Tahir selepas 2 tahun

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

Ramai Penduduk Indonesia Belajar Bahasa Isyarat Lepas Tonton Muzik Video DIA

Akui Anji, dia turut mengikuti kelas belajar bahasa isyarat selama beberapa bulan untuk mendalami golongan bisu dan pekak.

Hiburan Sat, 20 Jan 2018

Bukan Soal Peluang Kedua, Saya Masih Sayangkan Dia

Disebabkan rasa sayang yang masih menebal, pasangan ini kembali bernikah dalam sebuah majlis tertutup di ibu kota