Hiburan By: Khairil Khusyairi October 18, 2022 @ 7:00pm

4 Jam ‘Make Up’, Zul Ariffin Tak Kisah Muka Buruk Demi Talbis Iblis – “Hari-Hari Saya Kena Cukur Rambut”

Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia tidak kisah dengan imej hodoh yang dilakonkan dalam filem Talbis Iblis.

Zul berkata proses solekan untuk dirinya menjadi hodoh memakan masa yang agak lama malah menganggap ia satu kelainan bagi kerjaya lakonannya.

“Hari-hari saya kena cukur rambut, kalau tidak, solekan khas itu tak lekat pada muka dengan betul.

“Saya pun tak pernah cukur rambut, jadi saya buat untuk pertama kalinya.

“Empat jam bersolek, first time dalam hidup saya bersolek selama itu, lama jugak menunggu, nak baring berehat pun tak boleh.

“Saya okey saja dengan watak yang memerlukan wajah saya hodoh, cuma sebelum ini tidak ditawarkan kepada saya malah sekurang-kurangnya dalam kerjaya saya ada watak yang berlainan,” katanya ketika ditemui XTRA.

Disoal mengenai gandingannya bersama Nasha Aziz, Zul menjelaskan dia tahu mengawal diri agar wataknya tidak menonjol daripada watak utama.

“Sebagai seorang aktor, satu tahu untuk kawal diri.

“Kita kena balance benda itu dalam filem, macam mana pun kita perform, kalau watak utama bagus kita pun kena jadi bagus, yang penting kita tak ‘over shadow’, dalam lakonan itu tak bagus.

“Bagi saya, Nasha mempunyai personaliti yang kuat, dan Azira Shafinaz juga tahu bagaimana untuk berlakon bersama Nasha,” jelasnya.

Zul Ariffin bakal tampil dalam filem seram Talbis Iblis arahan Khabir Bhatia yang bergandingan bersama Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Jay Iswazir dan ramai lagi bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Sep 2022
Trending Tue, 8 Jun 2021
Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Adik Nafi Anita Sarawak Cerai, Hidap Kanser

Timbul khabar angin mengatakan beliau sedang menjalani rawatan penyakit kanser.

Trending Thu, 9 Apr 2020
Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Sam Smith Putus Cinta Dengan ‘Kekasih’

Akui Sam, dia sudah putus cinta dengan pasangan sejenis, pelakon siri 13 Reasons Why, Brandon Flynn.

Trending Tue, 3 Aug 2021

Perlis, Sarawak & Labuan Bakal Beralih Ke Fasa 3 PPN Berkuatkuasa Esok

Tiga negeri yang menunjukkan prestasi amat baik iaitu Perlis, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa esok. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan tahniah

Trending Tue, 15 May 2018

| Live TV