Events By: SGMS Faida March 13, 2019 @ 10:42am

42 Filem Layak Ke Festival Filem Malaysia Ke 30

Pengarah festival terbabit, Abdul Khalid Maulod mengumumkan sebanyak 42 filem bakal bersaing dalam 24 kategori yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia (FFM30), 30 Mac ini. 

Menurutnya, semua karya dicalonkan untuk merebut trofi utama, termasuk Filem Terbaik, membabitkan penerbitan dalam pelbagai bahasa.

“Daripada pencalonan awal, kita boleh nampak kepelbagaian genre, kisah dan bahasa yang diketengahkan, malah masing-masing berpotensi membawa pulang trofi.

“Daripada 42 karya yang bertanding kali ini, 25 daripadanya adalah filem berbahasa Malaysia, lapan naskhah Mandarin, tujuh Tamil dan dua lagi Kantonis,” katanya pada sidang media FFM30, di sini hari ini.

Antara filem yang berentap pada festival itu ialah Pulang, Dukun, KL Special Force, One Two Jaga, Papa Come Home, Neeyum Naanum, The Kid From The Big Apple 2: Before We Forget, Kau Takdir Ku, Polis Evo 2, Tombiruo dan Munafik 2.

Sementara itu, katanya, sebanyak tiga lagi trofi tidak dipertandingkan membabitkan Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman dan Anugerah Filem Box Office.

Sementara itu, calon Top 5 bagi setiap kategori dipertandingkan pula bakal diumumkan seminggu sebelum malam kemuncak berlangsung.

Pengumuman Top 5 semua 24 kategori termasuk kategori utama seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik dijangka diumumkan pada Isnin depan.

Pada majlis pengumuman FFM30 hari ini, Abdul Khalid turut mengumumkan pengacara pada malam kemuncak itu ialah Nabil Ahmad dan Adibah Noor.

FFM30 akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal dihoskan oleh pengacara terkenal Nabil Ahmad dan Adibah Noor.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 31 May 2019

#DramaRaya2019 : Masihkah Ada Raya Buatku

Jangan ketinggalan untuk saksikan drama-drama terbaik sepanjang raya ini!

Hiburan Thu, 8 Jun 2023

Tayang Mesej ‘Sweet’, Ameera Khan Sedang Angau Bercinta?

Pempengaruh media sosial, Ameera Khan mencuri perhatian peminat selepas berkongsi gambar ‘screen shot’ perbualan rindu bersama seorang lelaki di Instagramnya. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), lelaki tersebut meluahkan rasa rindu dan ingin melihat wajah […]

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Fri, 9 Jun 2023
Hiburan Tue, 26 Dec 2017

Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima

Tahniah diucapkan buat pasangan Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima