Al- Fatihah buat anak sulung penyampai radio Melaka FM Chot, Muhd Sher Harraz yang meninggal dunia, pagi ini.
Berita ini dikongsi menerusi laman Instagramnya sebentar tadi dengan kapsyen yang cukup sebak.
“ Dukacita nak maklum anakanda kami Muhd Sher Harraz telah meninggal dunia jam 8.40 pagi.
“ Jenazah akan dikebumikan di Felcra Ramuab Cina Lubok Cina Melaka sebelum/selepas Asar. Sama-sama sedekahkan Al- Fatihah buat Harraz. Nyata Allah SWT lebih sayang padanya,” tulisnya ringkas.
Difahamkan, bayi sulung Chot mengalami masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan darah kurang masuk ke paru-paru.
Al- Fatihah… semoga syurga tempat untuk bayi kecil ini, Insya Allah.