Hiburan By: SGMS Faida November 19, 2018 @ 12:55am

Fasha Sandha Kini Bergelar Tunang Aidil Aziz

Pasangan selebriti Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat bertunang di dalam sebuah majlis tertutup, hari ini.

Pertunangan ini menjawab segala persoalan percintaan mereka yang mula dihidu sejak pertengahan tahun ini.

Difahamkan, majlis itu diadakan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga dan teman rapat sahaja.

Majlis bermula selepas solat Asar menyaksikan pihak Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha.

Dalam satu kenyataan akhbar, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memaklumkan dia berharap dapat lebih mengenali Aidil dalam tempoh pertunangan ini. 

“ Alhamdulillah saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali dan saya berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan,” katanya. 

Fasha turut menerima sebentuk cincin tanda pertunangan oleh ibu Aidil iaitu Rokkiah Md. Noor sambil disaksikan oleh bapa Aidil, Abdul Aziz Ishak dan kaum keluarga yang datang dari Rembau.

Ibu Fasha, Hatijah Tehman turut hadir bersama kaum keluarganya bagi memeriahkan majlis pertunangan ini.

Tambah Fasha yang akan memulakan penggambaran Drama bersiri Semua Salahku TV3, status janda tidak pernah menghalang untuknya berkahwin semula asalkan lelaki yang bersamanya boleh menyayangi kedua anaknya dengan baik.

“Pak Ngah (panggilan manja) telah melamar saya pada 21 Jun lalu dan saya mengambil masa beberapa bulan untuk memikirkan tentang perkara ini. Saya sebenarnya khuatir dan dilema untuk menerima pada mulanya. Namun saya lihat kualiti yang ada pada Aidil.

“ Dia juga cukup akrab dengan kedua anak saya dari sejak awal perkenalkan kepada mereka lagi.

“Saya tertarik kerana Aidil meletak usaha dan inisiatif untuk mendekati anak-anak saya dengan meluangkan masa dan bijak mengambil hati mereka berdua. Malah Aidil juga pandai menghormati kedua ibu bapa dan keluarga saya,” tambah Fasha lagi.

Pasangan ini mula berkenalan sekitar akhir tahun lalu selepas sama terbabit dalam sebuah penggambaran sitkom bertajuk Mamu Mami Gosip.

Aidil yang juga pengusaha perniagaan kecil mangga asam boi, Kingmangifera, menyifatkan perkenalan selama setahun bersama Fasha sudah cukup meyakinkan hatinya untuk menerima bintang terkenal itu sebagai tunangnya.

“Saya sukakan sifat keibuan yang ada pada Fasha dan dia selalu menghargai orang di sekelilingnya. Sifat sederhana yang ada pada Fasha membuatkan dia disayangi ramai termasuk saya dan keluarga.

“Bohong kalau saya katakan tiada yang persoal atau memandang pelik kerana siapa saya yang masih bertatih membina nama untuk memiliki hati Fasha yang cukup besar profilnya sebagai pelakon di Malaysia. Namun saya percaya soal jodoh ini bukan kerja kita dan jauh sekali untuk kita persoalkan.

“ Sudah tertulis jodoh saya dengannya dan saya menerima baik ketentuan itu. Justeru persepsi negatif atau apa saja pandangan orang lain tak perlu saya fikirkan.

“Keutamaan saya sekarang adalah bekerja keras untuk mengukuhkan kestabilan diri bagi membina sebuah keluarga bersama Fasha dan dua anaknya kemudian hari bila kami berkahwin. Saya melihat tempoh bertunang ini adalah satu fasa persediaan saya untuk memimpin sebuah keluarga tak kira dari aspek ilmu agama, kewangan, mental dan juga percaturan akan datang.

“Insya-Allah saya tak nampak sebarang masalah kerana hubungan saya dan Fasha berlandaskan keikhlasan, rasa jujur antara satu sama lain dan sentiasa berkomunikasi dalam memperbaiki mana kurang dan salah. Alhamdulillah saya lihat ia satu perkembangan yang cukup baik untuk kami berdua sebelum berkahwin kelak,” katanya yang drama lakonannya, Cinta Lemon Madu dan Villa Ghazara kini ditayangkan di TV3.

Desas-desus pertunangan Fasha dan Aidil sebenarnya telah dapat dihidu media sejak beberapa hari lalu, namun Fasha mengambil sikap bertenang dan berjanji akan berkongsi khabar gembira tersebut apabila majlis telah selesai.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012 sebelum bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Putra Rayfal berusia 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama empat tahun apabila Fasha sah bercerai talak satu dengan suaminya Jejai di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah pada Januari 2016. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 28 Feb 2019

Extra Shows Added to Ola Bola The Musical Season 2!

Tickets are selling out like hot cakes!

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Josiah Hogan ‘Berkira’ Terima Tawaran?

Kenapa Josiah berkira nak ambil job baru?

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Hiburan Fri, 22 Dec 2017

WARIS DIFITNAH HINA MUZIK UNDERGROUND

Peminat muzik underground melabel Waris sebagai seorang yang lupa diri

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Wed, 17 Jul 2019

Kemelut Selesai…Vida Pamer Barang Kemas Untuk Aishah!

Vida memasukkan dua batu berlian 1 karat potongan bulat bernilai RM 27,100 dan 0.70 karat berlian potongan `puteri’ bernilai RM12,920 ke balang makanan ringan produk miliknya.

Hiburan Sat, 30 Nov 2019

Senarai Penuh Finalis Anugerah Juara Lagu (AJL 34), Tiga Mentor Bakal Berentap

Tahniah kepada semua lagu yang terpilih! Buat sehabis baik di Anugerah Juara Lagu 34 nanti ok?

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Alicia Amin Dan Nasi Lemak 50 Sen?

Wow! sekarang pun nasi lemak dah mahal tau

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

三胞胎「大韩」近照公开!宋一国:别再长了

韩国最萌三胞胎「大韩、民国、万岁」从实境秀窜红,离开节目后回归正常生活,粉丝只能从星爸宋一国的IG才能得知他们近况。趁着三人满6岁生日的前夕,爸爸公开老大摘掉眼镜的「近照」,已逐渐看出小男孩的轮廓,让他舍不得大呼:「别再长啦!」

Fab Foodies! Thu, 28 Mar 2019

| Live TV