Hiburan By: SGMS Faida March 5, 2019 @ 10:28pm

‘Dia Memang Tak Boleh Menyanyi Tapi…’- Ajai Terkejut Lihat Kesungguhan Saharul Ridzwan

Komposer dan penyanyi Ajai mendedahkan rasa terkejut ketika bertemu dengan pelakon Saharul Ridzwan yang meluahkan hasrat bergelar penulis lirik.

Kata Ajai ketika ditemui di majlis pelancaran lagu Buku Putih di hotel The Pearl Kuala Lumpur hari ini, komposer berkenaan mengaku terkejut selepas melihat hasil penulisan Saharul.

“ Saya tanya dia, kenapa bukan kau saja yang menyanyikan lagu ini? Tetapi dia mengaku suaranya tidak sebagus penyanyi lain.

“ Selepas saya lihat dan baca lirik yang ditulis oleh Saharul, saya dapati dia memiliki potensi besar dalam dunia rapping.

“ Dia datang berjumpa saya bukan atas mahu populariti kerana dia juga sudah dikenali ramai. Pada saya bakat dalam penulisannya sangat bagus,” kata Ajai.

Ajai turut memuji teknik ‘rapping’ Saharul yang disifatkan sebagai penyanyi yang tenang.

“ Kemampuannya terletak pada rapping bukan menyanyi. Rap dia steady dan peranan saya untuk menjadikan dia lebih bagus di masa akan datang. 

“ Sebelum ini saya pernah terlibat dalam proses pembikinan album kumpulan hip hop Nico, 4U2C, A2Z dan ramai lagi. Saya tiada masalah untuk membantu Saharul menjadi rapper berjaya suatu hari nanti,” akhirinya.

Sementara itu, Saharul Ridzwan memaklumkan mahu menggunakan nama SR di pentas nyanyian.

Buku Putih merupakan gandingan pertama SR dan Ajai di dalam sebuah single edaran Sony Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Hiburan Sun, 16 Dec 2018

BLACKPINK 大马演唱会确定加场!

由于大马粉丝反应热烈,BLACKPINK 2019亚洲巡回《IN YOUR AREA》演唱会-吉隆坡站确定加场!

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Perli Siapa Tu? Faiz Roslan Muat Naik Video Masuk Tandas OKU

Faiz dilihat membuka pintu tandas OKU dan memberitahu bahawa tandas itu hanya digunakan untuk golongan LGBT sahaja

Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik

Hiburan Thu, 30 Nov 2017

NABILA RAZALI -TAYLOR SWIFT MALAYSIA, WHY NOT?

Kepada mereka yang tidak mengenali Nabila Razali, mungkin mereka sudah pernah mendengar desas- desus sejak beberapa hari ini berkenaan “kisah cinta” nya bersama Aedy Ashraf mahupun video viralnya yang dikatakan “meroyan” kerana ditinggalkan kekasih. 

Featured Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Tue, 5 Mar 2024