“6 Bulan! Aku Tak Boleh Dikalahkan” – Kongsi Momen Cedera Sewaktu Penggambaran, Hairul Azreen Mohon Beri Sokongan Moral

Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen memuat naik sebuah video kompilasi yang memaparkan dirinya mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran beberapa buah filem dalam beberapa tahun.

Terbaru, dia mengalami kecederaan di bahagian lutut ketika menjalani penggambaran filem arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu The Original Gangster dan memaklumkan tidak akan terlibat dalam filem tersebut akibat kecederaan.

Susulan itu, ekoran daripada kecederaan yang pernah dialami Hairul menyatakan bahawa dia cuma memerlukan sokongan moral untuk terus bersemangat.

Malah, dia juga meluahkan sebuah coretan mengenai insiden yang pernah dihadapinya.

“Saya cuma perlukan sokongan moral #TheBestNeverRest

“Bagi aku masa 1 hari, aku akan fikir apa yang patut aku buat. Buat latihan yang orang lain tak mampu buat.

“Bagi aku masa 1 minggu, aku kuatkan apa yang akum ahu segala yang lemah aku ubah jadi peluru.

“Bagi aku masa 3 bulan, aku buktikan aku jadi pahlawan.

“6 bulan! Aku tak boleh dikalahkan,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti mendoakan kesembuhan buat Hairul.

Malah, ramai yang berbangga dengan pengorbanannya dalam menjayakan sesebuah watak dan memintanya untuk tidak berputus asa.

Artikel Berkaitan: “Saya Dah Boleh Jalan Tak Sampai Seminggu” – Hairul Azreen Kongsi Perkembangan Terkini Selepas Pembedahan Lutut Kiri

Artikel Berkaitan: Alami Kecedaraan Lutut Sewaktu Penggambaran, Hairul Azreen Tak Akan Terlibat Dalam The Original Gangster

Atiqah Johari