“70 Peratus Semua Nabil Buat, Saya 30 Peratus Je” – Ayda Jebat Kongsi Pengalaman Hamil Cahaya Mata Kedua

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat bakal menimang cahaya mata kedua bersama suaminya, Nabil Mahir tidak lama lagi.

Menurutnya, puteri sulungnya iaitu Ana Nayla semakin ‘clingy’ dengannya namun penat lelah berbadan dua tidak terasa kerana sokongan kuat daripada suaminya.

“Kalau ikutkan, penat tu telah diambil alih oleh Nabil sebab dia lagi pandai jaga anak daripada saya.

“Kalau dekat rumah atau dekat luar, 70 peratus semua Nabil buat 30 peratus je saya buat. Dia memang macam tu. Nasib baik lah kahwin dengan dia,” ujarnya berseloroh.

Mengulas lebih lanjut mengenai peratusan yang diberikan, boleh dikatakan hampir semua perkara dilakukan oleh Nabil.

“70 peratus tu termasuklah tukar lampin, cuci-cuci semua dia buat, bangun malam untuk buat susu dan baby akan minum dan tidur je dengan saya.

“Main pun dengan ayah dia. Senang kata, yang menyusahkan dia akan cari ayah dia,” katanya sambil ketawa.

Terdahulu, pasangan ini mengadakan majlis Gender Reveal dan mendedahkan bakal melahirkan cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Untuk rekod, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia 2 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ayda Jebat, Nabil Mahir Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Umum Berita Ayda Jebat Hamil Anak Kedua Dikecam, Nabil Mahir Mohon Maaf – “Sebenarnya Saya Tersasul Nak Cakap…”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tahniah! Ayda Jebat & Nabil Mahir Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Maya Basir