Pelakon Zul Yahya terkejut menjumpai peralatan memproses dadah milik pekerja di restoran miliknya dan berkongsi foto-foto peralatan itu di laman Instagramnya.
“Assalamualaikum… Ini antara masalah yang saya hadapi dari pekerja-pekerja di restoran saya.
“Apa yang menyedihkan, mereka dalam kalangan anak-anak remaja luar bandar dan keluarga susah tapi kerana pergaulan yang salah serta kurang jati diri mereka tersalah pilih kehidupan. Letih. Sampai bila anak-anak bangsa kita nak hancur,” tulisnya.
Dalam pada itu, Zul berharap isu penyalahgunaan dadah diambil serius terutama ibu bapa untuk mengawasi pergerakan anak-anak.
“Pesanan saya pada ibu bapa sila ambil tahu mengenai pergaulan anak-anak. Periksa apa yang anak-anak simpan dalam kehidupan mereka.” tulisnya lagi.
Oleh: Guy Masaki