9 Tahun Bersama Hot FM, Haziq Hussni Umum Undur Diri

Pengacara dan juga penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni mengumumkan dirinya tidak lagi bersama stesen terbabit setelah sembilan tahun berkhidmat di sana.

Haziq berkongsi mengenai perkara itu menerusi muat naik status di Instagram miliknya sebentar atadi.

Menurut Haziq atau nama sebenarnya, Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 32, dia berhasrat untuk menamatkan perkhidmatannya di stesen radio berkenaan sejak tahun lalu lagi sehinggalah pihak pengurusan juga bersetuju untuk menamatkan kontraknya pada Jun 2022.

“Niat saya untuk tidak menyambung kontrak telah diberitahu kepada pihak pengurusan sejak akhir 2021 dan setelah berbincang maka kontrak akan berakhir pada June 2022.

“Saya bermula di Hot FM sejak Mac 2013 sebagai Zoomerz dan pada Oktober 2014, sebagai penyampai radio. Sembilan tahun yang indah dan penuh suka duka,” katanya.

Tambahnya lagi, buat masa sekarang dia hanya mahu memberikan fokus terhadap perniagaan dan mahu meluangkan masa bersama keluarga.

Bagaimanapun, perancangan terbaharu akan diumumkan kepada umum apabila tiba masa yang sesuai kelak.

Untuk rekod, Haziq kini mengendalikan segmen Sembang Squad pada setiap Isnin hingga Jumaat bersama Riena Diana.

 

 

Salma Syahbuddin