Hiburan By: Padin September 16, 2021 @ 3:50pm

“Aafiyah Sampai Excited Tengok Kereta & Lampu Jalan…” – Siti Nurhaliza

Lama ‘terperap’ di rumah akibat pandemik, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan anak sulungnya, Siti Aafiyah teruja apabila dia dibawa keluar.

Tambah Siti, dia mengambil pendekatan untuk menggajikan penjaga yang mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan untuk membantu perkembangan Aafiyah.

“Bukan mudah untuk saya mahu pastikan perkembangan anak selari dengan usia kanak-kanak mereka tatkala wabak melanda. Kanak-kanak seharusnya berkawan dan bermain di luar tetapi semuanya terbatas kerana pandemik.

“Pernah sekali saya bawa Aafiyah keluar bersiar-siar menaiki kereta, saya terkejut apabila melihat dia sangat ‘excited’ tengok kereta dan lampu-lampu di jalanan. Mungkin akibat terlalu lama duduk di rumah, jadi dia berasa seronok.

“Walaupun saya kerap meluangkan masa dengan Aafiyah dan Afwa kerana kurang aktiviti seni dan urusan perniagaan pun hanya dibuat dari rumah sahaja, saya tahu ia tidak mencukupi.

“Selepas penjaga Aafiyah sebelum ini berhenti, saya kini memanggil seorang guru menjadi pembantu baharu. Jadi, Aafiyah dapat menghabiskan masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti. Apa yang penting, dia akan belajar banyak perkara,” katanya.

Siti ditemui di sidang media majlis sambutan ulang tahun kedua BeauSiti secara maya yang diadakan baru-baru ini.

Sejak diperkenalkan, rangkaian produk jenama terbabit sudah terjual lebih 200,000 unit.

“Biarpun jenama ini lahir ketika pandemik melanda, respons yang diterima sangat baik dan jumlah ejen berdaftar ketika ini adalah seramai 1,700 orang.

“Berdasarkan sambutan yang sangat menggalakkan, kami mengatur plan dan merancang untuk meneroka pasaran luar negara dalam masa terdekat terutama di negara serantau dan Asia Barat,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Hiburan Thu, 12 Apr 2018

Hafiz Hamidun Mengaku Hampir Gila

Alhamdulillah, tiada lagi yang bertanya mengenai saya dan Joy. Saya juga tak mahu lagi antara kami ada masalah kerana semuanya sudah diselesaikan dengan baik. Baguslah kalau begitu, buang yang keruh, ambil yang jernih…

Trending Thu, 22 Apr 2021
Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Trending Tue, 30 Jan 2018

Isteri Punca Suami Jadi Anak Derhaka?

Isteri cemburu dengan ibu mertua atau ibu mertua cemburu dengan menantu bukanlah satu perkara yang pelik ketika ini.

Featured Thu, 17 Mar 2022

Fasa Endemik, Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Fizikal Dibenarkan Bermula 1 April

Alhamdulillah, semua jemaah digalakkan untuk membawa sejadah sendiri ya 🤩😍

Featured Tue, 28 Feb 2023

Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

Haa, tak baik tau fitnah. ND Lala bahagia je sambut anniversary ke-35 tahun dengan isteri 🤩🤩