‘Aafiyah Suka Tengok Saya Bersolek, Jadi…’- Siti Nurhaliza

Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza teruja berkongsi kisah anaknya, Siti Aafiyah mula menunjukkan minat terhadap kosmetik.

Tambah Siti, Aafiyah yang baru sahaja menginjak usia setahun baru-baru ini dilihat suka melihat ibunya bersolek.

“ Walaupun baru setahun, dia sudah pandai rasa teruja setiap kali melihat saya bersolek.

“Jika dia benar-benar berminat dengan perniagaan kosmetik, semestinya SimplySiti akan diwarisi Aafiyah kelak,” katanya pada majlis pelancaran Epie X Siti by SimplySiti, baru-baru ini.

Siti yang menjalani kerjasama dengan jurumekap terkenal Epie Temerloh dalam projek kosmetik keluaran Simply Siti ini memberitahu dia mahu melihat Aafiyah menceburkan diri dalam bidang perniagaan apabila dewasa.

Mengenai rangkaian produk Epie X Siti Pro Series, ia adalah kolaborasi pertama SimplySiti dan jurusolek profesional, Epie Temerloh.

Menurut Siti, Epie dipilih kerana sudah lama menjadi jurusoleknya selain tahu cita rasa dan imej yang dimahukan.

Epie X Siti Pro Series menawarkan produk lengkap untuk pengguna yang mahukan solekan bertaraf profesional. Korang boleh dapatkan di rak jualan SimplySiti bermula sekarang!

Wartawan: SGMS Fas

SGMS Faida