Hiburan By: Del14 January 4, 2020 @ 8:20pm

Abang Sulung Naqiu Kembali Ke Rahmatullah

Abang sulung kepada penyanyi Naqiu, Huzaini Hussein meninggal dunia jam 8.30 malam semalam di Hospital Sungai Buloh akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Naqiu yang juga salah seorang juara program realiti televisyen, Gegar Vaganza 2019 berkata arwah yang berusia lewat 40-an terlantar sakit di hospital berkenaan sejak dua bulan lalu dan kali terakhir dia bertemu arwah adalah sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri dua tahun lalu. 

“Dia selalu merantau atas urusan kerja, jadi kami jarang dapat berjumpa.  Kali terakhir saya bertemu pun pada hari raya dua tahun lepas.

“Malah, hari ini pun saya tak dapat bersama arwah untuk kali terakhir dan menguruskan pengebumiannya kerana beradai di Kulim, Kedah. 

“InshaAllah, saya akan pulang esok dan bergegas ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana untuk ziarah pusara arwah abang,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Naqiu lagi, abangnya merupakan individu pertama yang memulakan kerjaya seninya dalam industri muzik. 

“Abang saya dulu bekerja dengan Erra Fazira sebagai penari.  Jadi dia individu pertama yang bawa saya masuk dalam bidang ini.

“Dia menghantar demo suara saya kepada Erra kerana nampak potensi saya. 

“Saya mohon doa semua agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” kata Naqiu yang juga merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik itu.  

Gambar ihsan Harian Metro

Kredit Foto: Harian Metro & Instagram @thisisnaqiu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Elak Kontroversi, Along Ezyendy Selesa Jadi Tenaga Pengajar

Setakat ini, syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saya mengajar tiga kali seminggu.

Events Sat, 13 Aug 2022

Ahmad Tarmimi Siregar Masih ‘Berbisa’… Bawa Watak Utama Dalam Filem Indonesia ‘Perjalanan Pertama’

Besarnya pengorbanan Gaek Tan untuk Yahya. Min sedih betullll☹☹☹

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] Dituduh Tak Mahir Buat Kerja Dapur, Tya Ariffin Tampil Balas Komen Netizen

Amboi sedap mulut je cakap Tya tak pandai buat kerja dapur 😂 Steak Tya masak favourite Tokti okay 😏

Hiburan Sat, 5 Jan 2019

Zamani Siap Sedia Masuk Studio Dengan Faizal Tahir

Lama tak dengar lagu baru dari penyanyi bersuara emas ini, tak sabarnya!

Events Thu, 2 May 2019
Hiburan Tue, 31 Aug 2021

“Hari Ni Our Wedding Anniversary, Jadi Pula Macam Ni” – Eina Azman, Suami & 2 Pembantu Positif Covid-19

Pelakon Datin Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Gurmeet Abdullah serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif wabak Covid-19. Eina menceritakan khabar duka ini menerusi salah sebuah hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Dua Tahun Sendiri, Amelina Bakal Kahwin?

Amelina dan bekas suaminya, Reduan Mahmood bercerai pada tahun 2016 dan menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.

Featured Mon, 31 May 2021

“Alhamdulillah, Ini Perjalanan Baru Buatnya…” Rizman Doakan Isteri Kekal Istiqamah

Setelah mendirikan rumah tangga dan  memiliki seorang cahaya mata, kehidupan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin bersama isterinya Nuridaya Suraya sering mendapat perhatian ramai. Pasangan itu juga dilihat lebih bahagia dengan kehadiran cahaya mata

| Live TV

error: Content is protected !!