‘Abil, Kami Mohon Maaf’- Isteri Amy Seach Lega Konflik Berakhir

Isteri penyanyi Rock, Amy Search yakni Nourish meluahkan rasa syukur selepas hubungannya dengan pelakon Nabila Huda atau Abil kembali jernih.

Melalui status terbaru di Instagram Nourish, dia memohon maaf kerana kurang peka masalah dihadapi Abil, sebelum ini.

“Abil, kami mohon maaf selama ini kurang beri perhatian dan mendengar masalah awak. Alhamdulillah, semoga segala sengketa ini dapat mengeratkan lagi hubungan sekeluarga. Amin. We love you, too (Kami juga sayangkan awak).

“Hadiah yang paling indah untuk hari lahir saya. Terima kasih Allah. Doa yang terjawab. Aku redha dan ikhlas dengan dugaan dan ujian buat kami,” tulisnya.

Nourish turut mengucapkan terima kasih kepada suami Abil iaitu Bert dengan menyifatkan sebagai menantu baik dan bersabar dengan situasi itu.

“Hadiah yg paling indah utk hari lahir sy terima kasih Allah swt . Doa yg terjawab ? aku redha dan ikhlas segala dugaan dan ujian buat kami . .

“Terima kasih ahli keluarga dan sahabat serta rakan IG yang selalu mendoakan dan memberikan nasihat buat kami.

“Selepas 16 tahun, ini adalah hadiah yang terindah. Terima kasih untuk kejutan hari lahir ini. Ia sangat bermakna buat saya. Semoga ini akan mematangkan kita semua untuk hari yang lebih baik.

“Terima kasih kakakku, Erma Fatima, my superwoman. Tidak terbalas jasa kakak. We love you as always (Kami sentiasa sayangkan awak),” katanya.

Hubungan dingin antara Abil dengan ayahnya, Amy dan ibu tirinya, Nourish berakhir dengan baik selepas pelakon itu datang beraya di rumah penyanyi itu pada Khamis lalu.

Lebih manis, pengarah dan pelakon, Erma Fatima bertindak membantu memulihkan semula hubungan keluarga itu.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Enal