Acara By: Maya Basir May 12, 2023 @ 11:01pm

ABPBH Ke-35 Kembali! Kekalkan Legasi Seni Dengan Iktiraf Bakat Muda

Anugerah pilihan peminat paling lama di Malaysia iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kembali untuk edisi ke-35 dengan mengangkat tema Ekspresi Legasi Seni.

Membawa perubahan selaras minat dan aspirasi Gen Z yang menjadi kelompok sasaran utama, ABPBH 35 memberi pengiktirafan kepada anak muda dalam meningkatkan potensi diri serta berkongsi bakat dan nilai positif dalam menggapai kegemilangan.

Selain Kategori Utama, Kategori Ekstra! dipertandingkan bersesuaian dengan kelompok sasaran iaitu Gen Z, dimana peminat boleh membuat pilihan dalam tujuh kategori popular bersifat semasa dan ‘trending’, termasuk kandungan popular platform digital.

Menurut pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, ABPBH 35 kembali merancakkan industri kreatif bagi mengiktiraf sumbangan penggiat seni dalam pelbagai medium dan platform popular sesuai dengan peralihan endemik COVID-19.

Selain itu, anugerah berprestij ini mahu memberi fokus utama kepada bakat pelapis baru dalam menyajikan hiburan dan berkongsi kreativiti bersama peminat, demi kemajuan sektor kreatif tempatan dan antarabangsa.

“Selepas penggiat industri kreatif melalui detik sukar sejak penularan pandemik COVID-19 yang menyaksikan sebahagian besar daripada anak seni hilang sumber pencarian, kira-kira tiga tahun lalu, penganjuran ABPBH 35 diharap dapat merancakkan lagi pembangunan industri seni.

“ABPBH 35 sekali lagi berbesar hati memberi mandat kepada peminat yang selama ini cukup setia memberi sokongan kepada artis, selebriti dan pengkarya seni, untuk memilih bintang pujaan masing-masing dalam pelbagai kategori dipertandingkan.

“Sokongan tidak berbelah bahagi peminat kepada pembangunan industri seni menjadi nadi penggerak dan talian hayat untuk sektor kreatif terus berkembang, termasuk pengkarya dan sumber tenaga lain lain yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam landskap seni kreatif tempatan.

“BH teruja dapat membawa ABPBH 35 yang sudah menjadi acara sinonim dalam mengukur kecemerlangan artis dan penggiat seni tempatan. Ini membolehkan pengiktirafan selayaknya diberi kepada anak seni yang bukan sahaja berbakat, malah mempunyai visi untuk membawa karya dan kepakaran mereka lebih jauh dalam era digital,” katanya.

Pada malam kemuncak ABPBH 35, sebanyak dua belas (12) Kategori Utama dipertandingkan iaitu BBNU Lelaki Popular, BBNU Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Turut dipertandingkan adalah tujuh (7) Kategori Ekstra! iaitu Couple Drama Popular, Couple Filem Popular, Drama Popular, Lagu Paling Boom, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan Video Viral Popular.

Membariskan 12 kategori di bawah Kategori Utama dan tujuh (7) Kategori Ekstra!, peminat boleh mengundi artis pilihan bagi peringkat Top 20 mulai hari ini, 12 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023 menerusi laman web ABPBH 35 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma ataupun pakej langganan BH digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Apr 2022
Featured Wed, 13 May 2020
Hiburan Mon, 17 Jun 2019

Wanna Take That Super Cool OOTD’s and Selfies For Raya? Huawei P30 User Can Try These 7 Hacks!

Let’s take a look at these 7 super cool technologies for you to amp your Hari Raya With The New Huawei P30 Pro!

Featured Tue, 3 Jan 2023
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Tahniah! Elvina Mohamad Bakal Jadi Ibu

Tulisnya, dia mengucapkan kesyukuran dan turut berterima kasih buat semua yang mendoakannya bersama suami. Alhamdulillah…Tahniah Elvina dan suami!

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

“GELI TEKAK NAK PANGGIL KAU DATO” – BOY IMAN

Selain itu, netizen turut mengkritik Farid dengan mengatakan bahawa gelaran yang diberikan kepadanya tidak memberi sebarang “value”. Fuh! sampai macam tu sekali komen netizen.

| Live TV

error: Content is protected !!