ABPBH35: Kontroversi Bantu Raih Trofi Aktres Filem Popular? Sophia Albarakbah Bangga Dapat Buktikan Bakat – “Saya Layak Terima…”

Pelakon, Sophia Albarakbah kesal apabila masih terdapat segelintir netizen mengkritik dirinya seorang yang teruk lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dirinya menggangu rumah tangga selebriti lain.

Sophia berkata isu tersebut timbul apabila terdapat beberapa pihak menyebar fitnah dan mencalarkan imej nama baiknya.

Sementara itu, Sophia berkata dia tidak dapat menutup mulut orang yang membencinya namun bersyukur dapat membuktikan bakatnya kepada orang ramai menerusi trofi Aktres Filem Popular miliknya itu.

“Statement tu daripada mulut orang yang tak tahu apa-apa tiba-tiba petik saja nama saya rasa tak patutlah firnah orang macam tu.

“Saya dah explain, orang masih tetap nak cakap tapi antara saya dengan Tuhan kita tahu bukan saya.

“Mungkin ada yang membenci tapi saya percaya setiap 1000 orang yang suka kita, akan ada 1000 orang lain yang tak suka kita jadi saya memang tak fikir pasal orang yang benci saya.

“Sekurang-kurangnya saya dapat buktikan kepada orang lain, dan saya layak terima anugerah ini.

“Tak kisahlah ada kontroversi atau tidak, kalau mereka tak minat mereka tak akan undi kan,” katanya.

Dalam masa yang sama, aktres drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini berharap orang ramai untuk berhenti bercakap buruk mengenainya dan hanya memberi tumpuan kepada bakatnya.

“Saya harap sangat orang tak cakap buruk lagi pasal saya lepas ni, saya hanya mahu fokus kepada kerja saya.

“Saya harap orang tak cakap bukan-bukan lagi, hanya bercakap pasal bakat saya.

“Orang yang dekat dengan saya tahu saya jenis macam mana, diorang sayang saya. Biar orang buat kita, tapi jangan kita buat orang. Tuhan akan beri kita ganjaran kalau kita ikhlas,” katanya lagi.

Sophia berkata demikian ketika di sidang media malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) pada Jumaat.

Sophia membawa pulang trofi Aktres Filem Popular menewaskan Maya Karin, Janna Nick, Diana Danielle dan Ahirine Ahirudin.

Aqilah Paharuzi