“Ada Good News Ke Tu?”-Kongsi Video Sweet, Netizen Dakwa Watie Hanifiah Kini Hamil… Lagu Background Seakan Beri ‘Hint’

Isteri kepada pelawak dan penyampai radio sensasi, Shuib iaitu Watie Hanifiah didakwa kini sedang berbadan dua selepas video pendek memaparkan foto pasangan ini mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib dan Watie kelihatan memakai baju berwarna sedondon dan saling berpelukan.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, Watie yang tampil mengenakan gaun panjang dan memegang sejambak bunga ros berwarna merah dilihat seakan-akan menutup bahagian perutnya.

“Macam pregnant je Watie.

“Nampak macam baby bump je. Doa baik-baik.

“Ada good news ke tu?

“Lagu membawa maksud indah,” komen netizen.

 

Bagaimanapun, pasangan ini masih tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Terdahulu, pasangan ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila ibu kepada Shuib, Salamiah Jalani meninggalkan komen kepada menantunya itu untuk memberitahunya keputusan selepas pulang dari hospital swasta.

“Nanti result update mama ye enja,” tulisnya.

Salma Syahbuddin