Hiburan By: SGMS Faida July 14, 2019 @ 9:00am

“Ada Kereta Masuk Kanan Tiba-Tiba…”- Ebit Lew Cemas Kena Langgar

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit bersyukur selamat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi laman Instagramnya, beliau menceritakan keretanya tiba-tiba dilanggar dan hampir tercampak ke depan.
 
“Dah 3 hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga.
 
“Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Tak ada kereta lain di highway. Saya cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan.
 
“Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik.
 
“Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat
 
“Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami.
 
“Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Tak ada apalah abang. Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang,”tulisnya.

Ustaz Ebit Lew juga bersyukur terselamat dalam kemalangan ini dan berterima-kasih kepada pihak Polis yang membantunya.
 
“Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk sebak. Dah lama nak jumpa ustaz.
 
“Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang.
 
“Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kasih Ya Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mengucapkan rasa syukur kerana pendakwah itu terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

 
 
 
View this post on Instagram

Dah 3hari tak balik kemalangan 3 pagi ini. Tadi dari balik ceramah Masjid Poli Pasir Gudang ke kl. Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde kereta lain di highway. Cuba elak sampai hampir kena divider kanan. Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung. Ada kereta berhenti sekejap semua terus jalan. Tiba saya pandang mana kereta satu lagi. Cari dekat belakang. Kereta tu terbalik. Kita dah bawa bertenang elok tiba-tiba orang mengantuk atau leka langgar kita. Allahu. Itu namanya takdir Allah. Syukur semuanya selamat . Disebalik musibah hari ini ada rahmat Allah menanti. Kasih sayang Allah. Staf plus dan towing semua kenal. Bergambar-gambar kami. Dapat dakwah. Cian ustaz penat dakwah sana sini kata mereka. Takde apalah abang. Semua kerana dia sayang. Saya dapat jumpa abang. Dia beri musibah supaya terselamat dari musibah lagi besar. Seorang abang plus peluk sebak. Dah lama nak jumpa ustaz. Saya ingat ustaz. Saya ingat Allah sayang. Saya banyak diuji tapi selalu ingat Allah sayang. Hari ini walau teruk ustaz tetap cakap Allah sayang. Terima kaseh abang polis. Abang plus. Abang towing. Syukur pada Allah atas segala nikmatnya. Terima kaseh Ya Allah..-ebitlew #www.keluargasunnah.com #subscribeYouTubeEbitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Serius Lah, Aprena Manrose Dah Kahwin?

Kami tahu ramai yang patah hati bila dapat tahu Aprena dah kahwin kan..

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Kisah Hidup Awie Bakal Dibukukan?

Mesti ramai berminat nak tahu pahit getir Awie sebelum menjadi Rock Royalty!

Hiburan Tue, 26 Nov 2019
Anugerah Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Wed, 15 May 2019

‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM

Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan.

Hiburan Sat, 2 Feb 2019

| Live TV