Hiburan By: SGMS Enal October 2, 2019 @ 10:31am

Ada Lagi Ke ‘Penyewa Neraka’ Zaman Ini

Kisah penyewa tidak menjaga dengan baik rumah yang di sewa bukanlah satu pewrkara baharu pada zaman sekarang. Sudah banyak isu yang pernah terjadi sebelum ini. Bila awal masuk rumah cantik saja keadaannya, namun bila sudah ditinggalkan seperti ‘tongkang pecah’ rumah itu dibuatnya.

Terbaharu, kisah penyewa dari neraka ini dikongsikan oleh sekumpulan lelaki di sebuah laman Facebook milik Hang Dhanim yang berkongsai pengalaman membersihkan rumah yang telah diberi sewa kepada seseorang yang dianggap penggotor.

Sebelum ni dok tengok gambar viral rumah kotor jahanam disebabkan penyewa. Rasa macam tak logik sebab takkan la boleh kotor sangat.

La ni dapat tengok sendiri ada manusia ‘gila’ boleh buat rumah kawan kami teruk sampai macam ni. Total lost jahanam semua benda. Pening kepala oi bila nak start kemas tu. Mana nak mula!

Apa yang anda boleh lihat pada video tersebut, timbunan baju buruk dan sampah-sarap disebatikan sekali sehingga mencecah siling.

“Malas nak cerita panjang hampa tengok la video kami kemas bagai nak gila. Kos sewa lori punggah sampah pun dah beribu belum nak baiki dalam-dalam lagi.”

Difahamkan melalui video ini, selama lima hari sekumpulan lelaki ini membersihkan rumah tersebut.

Proses nak dapatkan balik kunci dari penyewa pun bukan senang. Kene report polis untuk keselamatan dan upah peguam segala baru bagi kunci.

Kalau tak buat keras macam tu rumah dia. Dah la sewa tak bayar. Dah dapat kunci bukak pintu lagu ni. Haru betui. Satu rumah penuh sampah.

Kalau hampa ada niat nak bantu keluarga ni ringankan beban diorang ni aku share acc no. Tak paksa sukarela. Aku tolong mana terdaya ja. Semoga dipermudahkan semua. Amin

Maybank : 164717036591 (Mohd Hasrol)

Mereka juga turut kongsikan beberapa keping gambar sebelum dan selepas berkemas.

Boleh buat tak tidur malam tuan rumah tu, keadaan rumah tu memang teruk. Melarat nak kemas dan cantikkan semula.

Sumber: Hang Dhamin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Sempena Ramadan, Fattah Amin Lancarkan Lagu Zikir Eksklusif

Sejuk hati dengar lagu zikir Fattah Amin

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

‘Terima Kasih Doakan Saya, Bayi’- Kaka Azraff

Alhamdulillah… Tahniah Kaka & Adam!

Hiburan Sun, 24 Dec 2023
Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza & Izara Aishah Buat Trend Memek Muka Raih Perhatian – “Sedih Pun Lawa Masalahnya!”

Sudah lama tidak mengikuti trend di TikTok, penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul dengan memuat naik sebuah perkongsian sehingga berjaya meraih tumpuan ramai, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Siti sedang mengikuti trend dengan menggunakan […]

Featured Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Mon, 4 Dec 2017

Jangan Obses Dengan ‘Fattzura’

Gandingan yang digelar Fattzura ini terlalu taksub dan kekuatan sokongan peminat memang tidak dapat dinafikan