Hiburan By: SGMS Faida March 26, 2019 @ 3:51pm

‘Ada Orang Cakap Jadi Busker Tiada Masa Depan’- Pasya Kongsi Pengalaman 10 Tahun Jadi Penyanyi Jalanan

Finalis Mentor 7, Pasya mendedahkan dia mula bergelar penyanyi jalanan sejak di usia 13 tahun lagi.

Tidak pernah berasa kerjaya busker sebagai pekerjaan memalukan, jejaka berusia 25 tahun ini menimba banyak pengalaman membuat persembahan di tempat awam.

“ Sejak tingkatan satu lagi saya sudah mula keluar mencari rezeki. Pada mulanya segan juga tetapi lama kelamaan timbul rasa seronok menghiburkan orang.

“ Selepas habis waktu persekolahan, saya dan rakan-rakan akan busking sekitar Ampang. Biasanya saya membuat persembahan di kedai-kedai makan yang menjadi tumpuan ramai. Walaupun hampir 10 tahun menyanyi di tepi jalan, saya belum puas,” katanya kepada XTRA.

Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi turut berkongsi pengalaman di mana pendapatan diterima sebagai busker juga lumayan.

“ Ada hari yang kami terima sumbangan banyak daripada penonton, ada juga hari yang kurang. Walaupun ada suara sumbang yang berkata jadi busker tiada masa depan, kenyataan itu tidak pernah melunturkan semangat saya.

“ Bagi saya semua pekerjaan di dunia ini ada pulangan yang baik sekiranya kita tidak berhenti berusaha dan lakukan yang terbaik. Walaupun kerjaya sebagai busker tidak memerlukan kami memakai tie, pendapatan tetap lumayan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Pasya kini sibuk dengan urusan promosi single terbaharu berjudul Rapsodi Jalanan. Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Ibnu Fred dan turut mendapat sentuhan penggubah lagu tersohor, Anas Amdan sebagai penerbit rakaman.

Single Rapsodi Jalanan merupakan terbitan Monkey Bone dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Lagu ini boleh didengarkan di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Dia Tak Ada Dosa Mata, Saya Dah Nampak Allah Bagi Dia Jalan Ke Syurga”-  Kehilangan Anak Azmi Caliph Busker Sentuh Hati Ustaz Don & Rosyam Nor

Setiap ujian dan dugaan yang dihadapi oleh setiap manusia adalah berbeza berbeza. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kematian dan sebagainya. Namun, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Baru baru ini, anak kepada penyanyi, Azmi Caliph

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Bantu Suami Sakit Buah Pinggang, Konsert Dayangku Intan 23 September Depan

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Dayangku Intan, bakal mengadakan sebuah konsert tak lama lagi. Tujuan konsert berkenaan adalah untuk menampung kos pembedahan buah pinggang suaminya, Rosman Yahil, serta rawatan susulan yang

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Featured Thu, 23 Feb 2023

Individu Dakwa Mata Bella Astilah Bengkak, Ramai Tampil Backup – “Itu Bayang!”

Perasaan korang je kot tu. Cantik Bella walaupun tanpa makeup 🤩 Moga Bella sentiasa dibawah perlindunganNya

Events Thu, 24 May 2018

Ini Baru Betul-Betul ‘From Rural To Global’, Mak Cun’s Adventure Perkenal Permainan Digital!

Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat. Pendek kata, permainan mudah alih ini mengangkat budaya Malaysia ke peringkat global bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “ From Rural To Global”.

Hiburan Tue, 31 Dec 2019
Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[VIDEO] Macam Majlis Kahwin! Sekitar Majlis Aqiqah Anak Anzalna Nasir Yang Gah

Family En.Nasir ni memang cantik belaka semuanya kan?

| Live TV