Featured By: Atiqah Johari March 12, 2023 @ 12:31pm

“Ada Orang Dia Trauma Sebab…” – Janna Nick Ulas Insiden Nadia Brian Ditengking ‘Founder’

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Janna Nick memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya mengulas isu seorang pengasas menengking orang sebagai kandungan di media sosial.

Menerusi Instagram Storiesnya, Janna memuat naik sebuah tangkap layar yang memaparkan Nadia Brian meluahkan rasa terkilan dengan insiden yang menimpanya itu.

Kata Janna, duit tidak dapat membeli ‘class’ walaupun seseorang itu memiliki duit dan kuasa.

“Cukup-cukup la orang yang banyak duit dan rasa ada kuasa tapi suka jerit jerit ni. Money can’t buy class,” tulisnya.

Pada hantaran lain pula, pelantun lagu Mentari Setia itu berpendapat setiap orang berbeza dan mungkin pernah berdepan trauma pergaduhan atau pernah didera secara fizikal atau mental hanya kerana jeritan.

Oleh itu, tidak semua orang boleh menerima teguran secara jeritan mahupun maki hamun tambah ia semata untuk dijadikan gurauan.

Sehubungan itu, Janna menyatakan setiap individu berbeza di mana ada yang berhati keras dan berjiwa lembut serta cara menegur juga perlu berbeza.

Terdahulu, pelakon Nadia Brian berdepan dengan satu insiden di mana seorang pengasas tiba-tiba menengkingnya di hadapan orang ramai sebagai kandungan di TikTok.

Artikel Berkaitan: “Saya Akan Ambil Tindakan!” – Nadia Brian Bengang Peniaga Tengking & Rekod Video Tanpa Persetujuan Demi Content

Artikel Berkaitan: Isu Ditengking Di Khalayak Ramai, Nadia Brian Bakal Saman Individu Malukan Dirinya? – “This Is Too Much! Tak Ada Adab”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Aug 2020

13 Lagi Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan

Terus jadi masyarakat prihatin dengan patuh SOP!

Trending Tue, 5 Jan 2021

Pengasas Alibaba, Jack Ma Dilaporkan Hilang

Kenapa tiba tiba Jack Ma menghilang?

Trending Sat, 1 Jan 2022

Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel Lolos Dengan 2 Lagu – Ini Senarai Penuh 12 Finalis AJL36

Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang berlangsung di Studio 1, Glenmarie, Shah Alam pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 melabuhkan tirai sebentar tadi. Persaingan 30 lagu di SFMM36 merebut 12 tempat ke

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Events Fri, 22 Nov 2019
Trending Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Sebagai peminat apa salahnya post gambar macam tu kan?

| Live TV