Penyanyi Shiha Zikir mendedahkan dia sering menerima mesej di media sosial daripada orang ramai yang mengalami gangguan kesihatan mental akibat asyik disoal mengenai perkahwinan.
Menurut Shiha, dia terpaksa membalas mesej tersebut segera kerana mahu mengelakkan perkara yang buruk berlaku kepada mereka.
“Saya asyik dapat mesej (DM) daripada orang yang sedang mengalami masalah ‘mental illness’ fasal kahwin ini.
“Sebagai seorang yang periang, saya nak orang lain gembira. Saya tak pernah tanya kepada kawan soal kahwin ini sebab saya tahu setiap orang lalui kehidupan yang berbeza.
“Sebab kadang-kadang ia rasa tertekan, stress sampai ada yang nak buat benda yang tak patut sampai saya kena balas mesej tersebut cepat untuk nak elak mereka ‘down’,” kongsi Shiha kepada XTRA.
Shiha ditemui pada majlis pelancaran restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Wisma Infinitum, Kampung Bharu, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Terkesan dengan perkara tersebut, pemenang Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) ini berpesan setiap manusia tidak boleh merubah seseorang namun pemikirannya.
“Dulu saya seorang yang negatif, panas baran. Itu saya dahulu. Nampak sahaja gelak-gelak tapi kalau naik angin semua benda saya lempar. Saya pernah lempar semua benda dekat kedai makan.
“Tapi empat tahun selepas itu, saya dah berubah. Bila orang cakap saya begitu, saya anggap saya tak boleh ubah orang, orang tetap akan tanya, kita tak boleh halang untuk bertanya, apa yang kita boleh ubah adalah pemikiran kita.
“Apa-apa yang jadi saya hanya senyum, saya lalui dan enjoy, saya rasa proses kehidupan inilah dia. Kalau tak ada dugaan tak menariklah.
“Saya dah tetapkan begitu, kalau orang buat apa-apa, cakap belakang ke, kutuk, fitnah yang saya hadap sampai sekarang saya ambil mudah saja,” dedahnya.
Beruntungnya BCL dapat ibu mentua yang sangat penyayang ni, betullah macam Datin Patimah kan 😢
moga ada berita baik!